Benarkah Kalau Lelaki Pakai Cincin Dapat Pahala Setiap Hari?

Walaupun bersusah payah dan berhabis duit membelinya sebagai salah satu hantaran kahwin tapi selepas beberapa tahun berkahwin biasanya cincin ini entah ke mana.

Jarang cincin ini melekat di jari mereka sedangkan bagi isteri ia sangatlah istimewa. Bukan sekadar pemberian di hari perkahwinan tapi lebih dari itu. Ramai lelaki tak tahu tapi suami bernama Bijen Mohd ini dapat mengungkap hikmah di sebaliknya.

——

Tak lama lagi, insyaAllah genaplah 5 tahun usia perkahwinan saya dan isteri. Saya lihat di jari, masih tersemat cincin perkahwinan kami. Romantik bukan? (Err…)

Bagi orang perempuan, pakai cincin kahwin itu biasa. Tapi orang lelaki, cukuplah pakai sebulan atau setahun dua saja. Bukan apa, tugas harian orang lelaki membuatkannya tak berapa relevan untuk dipakai sentiasa.

Tak percaya cubalah check tangan mereka, berapa kerat saja yang masih ada cincin kahwin di jari? Boleh kira dengan jari.

Saya sebenarnya pun sama, rasa geli.

Kisah cincin Nabi

Hinggalah pada satu hari, ketika daurah kitab Syamail Muhammadiah, tuan guru mensyarahkan bab cincin Nabi.

Beliau beritahu cukup seseorang itu memakai cincin pinjam walau seketika, dia sudah pun mendapat pahala.

Maksudnya di sini, Ali jumpa Abu. Ali cakap pada Abu nak pinjam cincin dia.

Abu melurut keluar cincin dari jarinya dan memberikan kepada Ali. Ali menyambut cincin tersebut lalu menyarungkan ke jari manisnya.

Selepas beberapa saat, Ali pun menanggalkan dan memulangkannya kepada Abu dengan ucapan terima kasih.

Itupun sudah dikira mendapat pahala Sunnah. Wahh! Mudah sangat nak dapat pahala.

Pahala gembirakan hati isteri

Lepas dengar saja perkara itu, saya terus bersemangat nak beramal. Bila balik rumah, saya pun carilah apa cincin yang ada sehinggalah terjumpa cincin kahwin dulu kala.

Saya tabahkan hati memakainya. Niat nak amal Sunnah semata-mata.

Nak dijadikan cerita, isteri bila tengok kita pakai cincin kahwin yang dia bagi dulu, hatinya pun mula berbunga-bunga. Amboi!

Rupanya orang perempuan ni bahagia bila kita memakainya. Mungkin dia rasa kita akan sentiasa ingat padanya. Ataupun sebagai petanda kepada makwe-makwe di luar sana bahawa lelaki tersebut sudahpun berpunya.

Kurang-kurang kalau lelaki dia nak pergi karaoke waktu dia tengah berpantang, tengok cincin teringatlah juga. Eh!

Tapi seriuslah. Bila pakai cincin kahwin ni rasa macam cinta tu segar-bugar saja. Rasa macam baru kahwin pun ada. Sudahlah amal Sunnah dapat pahala berganda, gembirakan isteri pun ada pahalanya.

Orang perempuan, setujukah anda?

Bijen M.

Pengantin Baru Anak Dah Dua

P/s: Ini heart beat cinta kanda bila teringatkan dinda.

Sumber Bijen Mohd

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × one =