Lebih Berbahaya, Elak Guna ‘Hazard Lights’ Ketika Memandu Di Dalam Hujan

Lebih Berbahaya, Elak Guna ‘Hazard Lights’ Ketika Memandu Di Dalam Hujan | Pasti anda perasan kan yang musim hujan sudah mula melanda kebanyakan tempat di negara kita terutamanya di sebelah petang.

Best lah sejuk kan?

Benar memang sejuk tapi cuaca sebegini pasti sukar bagi mereka yang memandu terutamanya untuk perjalanan jarak jauh.

Jadi demi ‘keselamatan’ ramai yang mengambil ‘pendekatan tambahan’ dengan menggunakan lampu kecemasan supaya kenderaan lain dapat melihat mereka terutamanya sewaktu berdepan hujan lebat.

BACA: Lama Tak Start Kereta? Ini Tip Penting Korang Perlu Check Sebelum Mulakan Perjalanan

hazard lights

Namun sedarkah anda tindakan menggunakan hazard lights ini sebenarnya salah malah lebih membahayakan diri sendiri serta kepada pengguna jalanraya yang lainnya

Nak tahu kenapa?

Akibat daripada menyalakan lampu kecemasan semasa hujan lebat, kemalangan mungkin boleh terjadi kerana pengguna lain tidak dapat memastikan sama ada kenderaan anda sedang bergerak atau pun kenderaan anda tidak bergerak atau sedang berhenti.

Lebih teruk lagi, fungsi signal kenderaan anda juga akan terhalang apabila anda hendak menukar lorong. Betul kan?

Bagi mengatasi masalah ini, penggunaan fog lamp pada bahagian belakang boleh digunakan bagi membantu penglihatan yang lebih jelas kepada kenderaan anda berbanding menggunakan hazard lights yang mengelirukan pengguna kenderaan lain.

Jadi sentiasa beringat! Jangan sesekali menggunakan lampu kecemasan anda bagi tujuan ini sebaliknya ia hanyalah untuk tujuan kecemasan sahaja! Sebagai alternatif gunakan lampu fog lamp yang terletak di belakang kenderaan anda.

BACA: Misteri Dua Buah Kereta Yang Di Tinggalkan Berdebu Tebal Selama Lebih 6 Tahun Terjawab

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

11 − 9 =