Lebih 86K ‘Shares’, Ini Resipi Mee Champa Yang Sedap Dan Mudah Pasti Buat Anda Terliur

Lebih 86K ‘Shares’, Ini Resipi Mee Champa Yang Sedap Dan Mudah Pasti Buat Anda Terliur | Anda sudah pening kepala untuk hidangan pada hari esok? Jangan risau, kami ada penyelesaiannya dan kami ingin tanya siapa di sini penggemar mee champa?

Mesti ada daripada anda yang sudah terbayang keenakan mee champa dimakan panas-panas. Apa kata ikuti resipi pengguna Facebook Tahrunnisah Jali yang pastinya mudah dan sedap. Ayuh kita mulakan!

Bahan-bahan membuat kuah resipi mee champa:

1 1/2 hingga 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth, 3 liter air, 4 biji bawang holand dipotong 4, 3 biji bawang besar dipotong 4, 2 inci lengkuas dipotong nipis, seekor sotong kering sebesar tapak tangan, daun ketumbar seikat daun bawang, 2 batang kulit kayu manis, 4 biji bunga lawang, 1/2 cawan sos ikan, gula, garam, perasa jika suka, serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam dan 3 kiub stok perisa daging.

BACA: Jom Cuba Resepi Yee Mee Sizzling. Simple& Confirm Sedap!

Cara- cara untuk membuat resipi mee champa:

1. Merebus tulang dan daging lembu ini memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth. Caranya didihkan air rebusan dulu, masukkan daging dan tulang dalam 30 minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.

2. Kemudian, masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam 30 minit mendidih, lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh, buang lagi airnya dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi sehingga daging empuk.

3. Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5 atau 6 jam.

resipi mee champa

resipi mee champa

4. Sementara tunggu daging empuk, anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, sotong kering, kayu manis dan cengkih.

5. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan-bahan yang kita bakar tadi.

6. Selepas itu, masukkan sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam atau lada sulah, kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang.

7. Lalu rebuslah dengan api perlahan.

Bahan-bahan membuat sambal lada:

4 biji lada merah (besar), 20 hingga 30 biji cili api, 2 ulas bawang putih, 2 sudu besar cuka dan sedikit garam.

Cara-cara membuat sambal lada:

1. Rebus sehingga layu laada merah, cili api dan bawang putih.

2. Kemudian, toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam.

resipi mee champa

Bahan-bahan membuat minyak bawang putih:

3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus dan secawan minyak jagung.

Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan.

Bahan tambahan untuk hidangan:

resipi mee champa

kuey teow, mihun, mee champa, daun ketumbar, daun sup, daun bawang, limau nipis, hirisan daging, minyak bawang putih, lobak asin yang dipotong halus
sambal lada, tauge, kicap, serbuk lada sulah/lada hitam, gula (tambahan jika suka manis) dan sos ikan jika perlu.

Mudah sahaja rupanya nak buat mee champa yang pedas pasti terangkat ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

sixteen − 2 =