Inilah 3 Cara Murah Dan Berkesan Lebatkan Semula Rambut & Kurangkan Gugur

Rambut anda semakin nipis dan gugur? Ingin cara mudah nak lebatkan semula rambut? Jangan bimbang kerana ada petua yang boleh anda amalkan untuk lebatkan semula rambut dan kurangkan keguguran rambut.

Petua lebatkan semula rambut yang dikongsikan Shehnaz Khan di laman Facebooknya ini tular sehingga mendapat 26 ribu perkongsian. Menggunakan hanya tiga bahan murah, petua ini berjaya membuatkan rambutnya kembali sihat dan lebat.

Kalau tak mahu rambut anda gugur sehelai demi sehelai, jom buat petua lebatkan semula rambut ini. Semoga perkongsiannya ini bermanfaat.

You can see memang She takde masalah rambut since belum kahwin lagi. Gambar ni masa 2016 after married.

lebatkan semula rambut

Haaa nampak ketara kan .sumpah lah rasa cm hape je ..she mmg suka ikat rambut tu sebab bila ikat ketara nak mateyyyyy weh . Takleh nak cover sebab dia makan habis area tu 😔

Petua Lebatkan Semula Rambut dan Kurangkan Keguguran Rambut

Today I wanna share about rambut. Ramai kan yang mintak She share tentang penjgaan rambut selain dari badan dan muka.

She nak share pada my followers how nak dapatkan rambut yang lebat, dan kurangkan rambut gugur. Korang boleh tengok gambar ye. Area mana yang nampak. She share gambar yang ikat rambut sebab when I ikat rambut sanggul, its obvious gila nampak botak.

She amalkan tak kerap pon. Rasa rajin buat. Tapi alhamdulillah berkesan ? Now rambut cantik. She suka ikot petua orang dulu. Its work and kalau rajin dapatlah hasil yang sangat superb.

Rambut She jenis lebat dan jenis rambut halus, panjang and natural curl belah bawah. So thats why She ikat rambut sebab when She bukak dia akan jadi berat bila curl bawah tu makin lama makin curl so jadi cam semak sangat ? So tu lah motif She ikat rmbut ?

Pada yang ada msalah tu dan nak rambut panjang, lebat, bebas kelumumur, Insha Allah boleh try ni. Memang berkesan sangat dan bahan-bahan pon beli kat kedai je ? Laki perempuan boleh.

Bahan bahan:

  • Santan
  • Aloe vera gel *boleh pakai any aloe vera gel

Cara buat, boleh tengok pada gambar ?

Oh ye sebelum terlupa. Minyak Zam Zam tu sangatlah bagus, sumpah even bau dia errrrr.

Tapi kalau nak senang, pindahkan minyak tu masok dalam botol spray *botol beli kat Daiso bersepah*. So boleh spray kat rambut, tak perlulah tangan uolsss berminyak sangat ? Cara-cara nak buat bahan untuk lebatkan semula rambut boleh baca kat bawah. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat ?

lebatkan semula rambut

Semua beli kat Mydin je ? Aloe vera tu beli kat Guardian. Murah dan bagus.

Some tips She untuk korang: Lepas mandi tu lepas dah keringkan rambut, amik sikit aloe vera gel tu ratakan kat rambut. Urut-urut sikit. Buat setiap hari terutama malam. This for daily routine ?

Aloe vera gel ni pon best gila if time nak syampu rambut, picit sikit campur dengan syampu. Lembut sangat dan shinning.

Untuk minyak Zam-Zam tu pakai setiap hari ? This is some tips Pakai time malam nak tidur. Esok basuh. Senang kan ?

Bau takdelah teruk tapi if korang perasan Indian girl rambut lebat gila kan? Haa nilah rahsia dorang.

P/s: She beli santan kotak sebab santan fresh tempat She susah nak dapat. Nak pakai fresh lagi bagus, lagi recommended ?

Cara-caranya:

lebatkan semula rambut

Campurkan aloe vera + santan. Mix dedua ni. Sukatan ikot suka hati korang. Then pakai lepas dah basuh rambut atau sebelum basuh. Pakai di kulit kepala dan lumurkan satu rambut ye, sekali kulit kepala.

Jadikan macam mask rambut. Tutup rambut pakai tuala *tak wajib pon*. Biarkan selama 15-20 minit. Then cuci ? Dah mix dedua ni terus pakai, jangan simpan ye ?

21/9/2018 . Katakan tidak kepada rambut gugur 😘

lebatkan semula rambut

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 × 4 =