4 Tip Untuk Kurangkan Kos Sara Hidup

Hujung bulan sahaja poket mula kempis dan hanya mengharapkan gaji masuk. Itu adalah perkara biasa yang berlaku pada masyarakat kini terutamanya yang bekerja ‘makan gaji’.

Sampai bila nak terus berkeadaan seperti itu, hanya mengharapkan gaji masuk? Bila gaji masuk berbelanja tak ingin dunia. Sebenarnya semua itu boleh diubah, tetapi tiada siapa yang dapat ubah, kecuali diri sendiri yang bertindak untuk mengubahnya.

Banyak sahaja cara untuk berjimat cermat dan kurangkan kos sara hidup. Ikuti 4 tip ini kalau anda tak mahu poket kempis setiap hujung bulan. Malah, anda boleh membuat simpanan lagi dengan duit gaji yang ada.kurangkan kos sara hidup, kos sara hidup, sara hidup, uruskan duit, uruskan gaji, uruskan duit gaji

1. Berkongsi Kereta (Penjimatan sehingga RM200 setiap bulan)

Kerajaan Malaysia pernah galakkan rakyat untuk berkongsi kereta dan telah melancarkan kempen berkongsi kereta. Tetapi, semua itu tidak bertahan lama, kerana rakyat lebih suka menggunakan kenderaan sendiri untuk pergi ke mana-mana. Malah, agak susah untuk mencari menumpang lain bersama-sama kongsi kereta pergi ke tempat yang ingin dituju.

Tetapi, dengan adanya aplikasi Wunder dan Carpool World Malaysia, anda lebih mudah untuk mencari pemandu dan juga penumpang untuk berkongsi kereta. Kalau nak hantar anak ulang-alik sekolah pun boleh. Aplikasi Kidz Carpool memudahkan kerja dan menjimatkan lagi kos sara hidup.

2. Guna Kad Kredit (dan bayar habis setiap bulan)

Guna Kad Kredit untuk kurangkan kos sara hidup, biar betul? Betul, tapi pastikan bila sudah guna bayar habis jumlah yang digunakan itu setiap bulan. Jangan pernah tangguh dan lengah-lengahkan.

Sebenarnya kad kredit ini ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada diri sendiri nak guna keburukan atau kebaikan kad kredit itu. Laman web seperti GoBear dan iMoney mudah untuk membandingkan kad kredit di Malaysia.

Anda boleh cuba cari kad kredit yang tawarkan rebat tunai atau cashback. Ada antara kad kredit yang berikan 5% cashback contoh jika anda belanja RM100 anda akan dapat rebat RM5 pa hujung bulan.

Ada antara kad kredit yang tawarkan mata ganjaran. Bila mata ganjaran sudah cukup banyak anda boleh tebus pelbagai jenis hadiah. Jadi mulalah bayar bil telefon, Astro, penapis air atau semasa beli barang dapur guna kad kredit. Tetapi, pastikan anda bayar balik jumlah yang digunakan.

3. Bawa Bekal Ke Tempat Kerja (Penjimatan sehingga RM200 setiap bulan)

Dah kira jumlah makan pagi, tenghari, petang dan malam? Selalunya jumlah untuk makan tengahari sahaja sudah mencecah lebih RM10. Belum campur makan pagi dan malam. Harga makanan sudah makin mahal dan duit yang perlu dihabiskan untuk makan memang banyak .

Bawa bekal dari rumah untuk jimatkan duit adalah cara yang paling mudah dan senang. Cuba anda bawa bekal pergi kerja dan anda akan lihat sendiri betapa jimatnya duit yang anda perlu keluarkan untuk sebulan.kurangkan kos sara hidup, kos sara hidup, sara hidup, uruskan duit, uruskan gaji, uruskan duit gaji

4. Beli Barang Semasa Jualan Murah atau Warehouse Sale

Kaum wanita dengan tabiat membeli belah memang tak dapat dipisahkan. Kalau tak membeli belah seperti ada yang serba tak kena. Oleh itu, tahan diri untuk membeli belah ketika pihak penjual membuat promosi atau ketika nak clearkan stok.

Waktu itu harga barang yang dijual memang betul-betul murah dari harga asal. Ini nak dekat hujung tahun pasti banyak pihak penjual yang akan buat jualan murah untuk clearkan stok. Sedikit sebanyak perkara ini akan dapat buatkan anda berjimat.

Kalau masih ambil mudah tentang perkara ini, jangan terkejut pada suatu hari nanti kewangan korang akan jadi negatif. Ekonomi kehidupan yang baik sebenarnya bermula dari diri sendiri. Manfaatkan tip yang dikongsikan ini, tak rugi amalkan malah boleh buat korang simpan duit lebih banyak.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment