Ini Cara Jadikan Kulit Pisang Sebagai Baja Semula Jadi Untuk Suburkan Pokok Hiasan

Ini Cara Jadikan Kulit Pisang Sebagai Baja Semula Jadi Untuk Suburkan Pokok Hiasan | Siapa tahu rupanya pisang bukan saja sedap dimakan, tetapi kulitnya juga mempunyai manfaat tersendiri.

Selain untuk mencantikkan kulit wajah, ia juga sebenarnya boleh dijadikan baja semula jadi terutama untuk pokok hiasan yang ditanam dalam rumah.

Perkongsian dari Huda Zainal ini memberitahu cara bagaimana membuat baja daripada kulit pisang ini.

Menurutnya kilit pisang perlu direndam selama dua hari dua malam sebelum diagihkan pada semua pokok hiasan.

Baja semula jadi ini juga boleh diamalkan semburan airnya pada pokok sebulan sekali.

Tambahnya juga air rendaman kulit pisang ini juga tinggi dengan potassium selain kandungan nitogen, phosphorus dan magnesium yang mampu membuat pokok ‘gembira.

Dan katanya lagi jika risau kehadiran fruits flies atau unggas, carikan bancuhan air rendam pada nisbah 1 : 5 (air rendaman kulit pisang : air biasa) dan boleh disembur pada pokok.

Selain itu, kulit pisang yang telah direndam juga boleh dipotong kecil-kecil dan tanam sedikit dalam pasu berpokok. Ia juga boleh menjadi baja semulajadi.

Baja semula jadi dari kulit pisang

Jika anda tidak mempunyai kawasan subur yang cukup untuk dijadikan baja, anda boleh ‘menciptanya’ sendiri. Hanya masukkan beberapa kulit pisang ke dalam baldi berisi air dan biarkan selama beberapa hari.

Dalam masa beberapa hari selepas itu, anda akan mendapatkan air yang kaya dengan mineral serta nutrien dan boleh digunakan untuk tanaman anda.

Cara membuatnya untuk pokok hiasan:

  • Makan pisang dan ambil kulitnya sahaja.
  • Rendam kulit pisang dalam air selama 2 hari 2 malam.
  • Agihkan air rendaman kulit pisang ke dalam semua pasu.

kulit pisang

BACA JUGA: Inilah 10 Manfaat Kulit Pisang Selain Dari Menyuburkan Tanaman Yang Ramai Tak TAHU.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

2 × three =