Kulit Kering Merupakan Simptom 4 Penyakit Yang Menyerang Tubuh Kita

Kulit kering (dikenali sebagai xerosis secara klinikal) berlaku atas beberapa sebab, contohnya, virus, keadaan kesihatan yang kronik, rengsaan persekitaran, tindak balas alahan dan proses penuaan semula jadi. Kadang kala, kulit kering tidak diketahui puncanya.

Kulit kering juga dikenali dengan istilah dan keadaan berikut:

Asteatosis berlaku apabila kelenjar sebum menghasilkan rembesan yang berkurangan. Istilah ini digunakan bersama dengan xerosis apabila membincangkan kulit kering yang dialami orang-orang tua.

Xerosis bermusim (gatal musim sejuk) biasanya melibatkan rasa gatal tetapi tiada ruam. Keadaan ini berlaku semasa musim sejuk kerana kelembapan yang rendah.

Ekzema ialah sejenis keradangan kulit yang bermula dari tahap ringan hingga ke kronik dan teruk. Gejala utamanya ialah tompokan kulit kering dan bersisik. Kecenderungan mendapat ekzema yang teruk boleh diwarisi.

Dermatitis ialah istilah yang digunakan bersama dengan ekzema dan xerosis untuk menerangkan kulit terengsa. Ia juga merujuk kepada pelbagai masalah kulit yang mengakibatkan keradangan kulit.

Ichthytosis ialah gangguan genetik yang dialami dalam masa setahun kehidupan anak-anak. Cirinya ditunjukkan oleh kulit kering dan bersisik.kulit kering

BACA JUGA :: Inilah 9 Cara Rawat Kulit Kering Bersisik, Jangan Abaikan

Jika anda mengalami kulit kering, perhatikan kepelbagaiannya dan cari puncanya. Ini akan dapat membantu anda untuk memilih pendekatan pencegahan, ubat dan penyelesaian penjagaan kulit yang sesuai.

Kulit kering biasanya kamu alami jika kamu lupa untuk menggunakan pelembap di wajah ataupun badan. Namun setelah menggunakan pelembap, kulit masih saja kering dan gatal.

Menurut penelitian yang dikongsikan dari prevention.com, terbukti kulit kering menjadi tanda awal dari penyakit berikut ini.

Kulit Kering Petanda 4 Jenis Penyakit Ini

Diabetes

Apabila kadar gula darah meningkat, tubuh akan kehilangan cairan juga secara cepat yang menyebabkan kulit menjadi dehidrasi. Selain itu, diabetes juga dapat mengganggu kemampuan tubuh untuk berpeluh secara normal. Kulit jadi kering dan retak sehingga boleh menjadi lemah terhadap bakteria yang menggunakan glukosa.

Kurang aktifnya kelenjar tiroid

Kelenjar tiroid menghasilkan hormon yang membuat sistem tubuh tetap berjalan dengan baik. Saat kadar hormon tiroid menjadi terlalu rendah atau hipotiroidisme maka sel-sel tubuh tidak boleh beregenerasi dengan baik, termasuk sel kulit. Hingga akhirnya kulit jadi kasar, kering, dan bersisik.

Penyakit ginjal

Penyakit ginjal mulai menyerang tubuh dengan ditandai munculnya rasa mudah lelah, sukar untuk fokus, sering kencing, hingga kulit gatal. Rasa kulit gatal ini terjadi kerana ginjal tidak lagi mampu menjaga keseimbangan mineral dan nutrisi dalam darah.

Kanser kulit

Jika kulit kering dan kemudian muncul kesan tebal, kasar, dan berdarah ketika terlanggar sesuatu atau tergores, maka boleh jadi itu adalah tanda dari karsinoma atau kanser kulit. Selain tanda tersebut, kanser kulit juga ditandai dengan munculnya luka terbuka.

Jadi, penyakit di atas adalah beberapa contoh penyakit yang muncul diawali dengan tanda kulit kering. Apakah kamu pernah mengalaminya?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:
You might also like
1 Comment
  1. […] BACA JUGA: Kulit Kering Merupakan Simptom 4 Penyakit Yang Menyerang Tubuh Kita […]

Leave A Reply
Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.