Perkongsian Petua Nenek Untuk Dapatkan Kulit Cantik Merah Jambu

Seorang wanita umur 30 membuka rahsia yang diamalkan untuk miliki kulit cantik merah jambu dengan hanya ikut petua orang dulu-dulu. Ya, kalau ikutkan sekarang ini cukup mudah nak jadi cantik sebab ada macam-macam jenis alat kosmetik di pasaran.

Namun kalau anda jenis suka menggunakan petua-petua orang dulu, ini salah satu amalan yang bagus untuk dicuba. Kebanyakan wanita zaman sekarang memang tak amalkan langsung petua tradisional kerana dianggap leceh dan perlu dibuat sendiri.

Tapi kalau anda dapat rasai sendiri kesannya, memang WOW! Ok, jom godek apa bahan yang digunakan dalam petua tradisional yang dikongsi saudari Afieyzea Aleeschaylee

BUKAN HANYA CANTIK LUARAN, DALAMAN PUN CANTIK

Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.

Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!! Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan.

SUSU KUNYIT BADAM MADU

Bahan–bahan:

  • Susu rendah lemak
  • 1 inci kunyit ditumbuk kasar
  • 2 sudu madu
  • 3 biji badam ditumbuk kasar

Cara buat:

  1. Panaskan susu masukkan kunyit hidup
  2. Kacau perlahan kemudian
  3. masukkan badam
  4. Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
  5. Kacau dan boleh terus diminum.

NOTA:
Amalkan dengan minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan waktu datang bulan. Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.

BACA JUGA: Beras Pulut Rahsia Putihkan Kulit Muka, Jom Cuba!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

20 − nineteen =