Inilah 3 Tanda Kuali Anti Lekat Anda Perlu Ditukar, Jika Tidak Boleh Punca Penyakit Berbahaya

Inilah 3 Tanda Kuali Anti Lekat Anda Perlu Ditukar, Jika Tidak Boleh Punca Penyakit Berbahaya | Tiada apa yang kekal di dunia ini, termasuklah barangan kesayangan anda. Pasti ramai dalam kalangan ibu-ibu dan para isteri yang mempunyai perkakas kesukaan ketika memasak.

Namun, sesayang mana pun anda kepadanya, satu hari nanti ia mungkin boleh mendatangkan bahaya kepada anda bila ‘tamat usianya.’

Tahukah anda, sesetengah kuali anti lekat boleh mendatangkan risiko k4nser?

Pembuatan kuali anti lekat lazimnya menggunakan perfluorooctanoic acid (PFOA) dan polytetrafluoroethylene (PTFE) bagi menghasilkan kuali yang tidak melekat dengan makanan apabila digoreng. Hal ini disebabkan bahan berkenaan mempunyai rintangan tinggi terhadap haba, air dan minyak.

Walaubagaimanapun, bahan PFOA dipercayai dapat meningkatkan risiko kanser kepada pengguna manakala PTFE masih diragui tahap keselamatannya terhadap kesihatan manusia.

kualiGambar hiasan. (Kredit: Google)

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menukar kuali apabila ada antara 3 ciri berikut;

1. Bercalar

Bagi kuali menggunakan PFOA, ia boleh mendedahkan risiko kepada kanser apabila kuali tersebut mula bercalar. Bahagian yang terhakis akan masuk ke dalam makanan serta membahayakan kesihatan.

Bahan lapisan permukaan kuali ini kemudiannya ditukar kepada PTFE yang dipercayai lebih selamat kepada kesihatan manusia.

Walaubagaimanapun, keselamatan PTFE masih diragui memandangkan ia boleh meruwap apabila dipanaskan pada suhu tertentu.

2. Terhakis hingga nampak lapisan bawah

kualiGambar hiasan. (Kredit: Google)

BACA JUGA :: Cara Bersihkan Belakang Kuali Yang Hitam Berkerak Jadi Seperti Baru

Kuali anti lekat mempunyai beberapa lapisan untuk memastikan proses pemanasan berkesan dan sama rata.

Jika lapisan ini sudah menunjukkan hakisan hingga ternampak permukaan yang seakan-akan diperbuat daripada tembaga, sebaiknya tukarlah ia kepada kuali yang baru.

Hal ini kerana jika makanan bersentuhan secara langsung dengan bahan berkenaan, ia boleh menyebabkan simptom seperti keracunan makanan antaranya cirit-birit dan muntah.

3. Meleding

Pasti ramai yang pernah membasuh kuali yang masih panas untuk digunakan bagi memasak makanan seterusnya bukan.

Sedar tidak sedar, perbuatan ini boleh menyebabkan kuali meleding disebabkan perubahan suhu yang cepat.

Keluli di dalamnya akan mengembang apabila panas dan mengecut ketika sejuk. Misalnya, jika ia mempunyai diameter 10 inci, ukurannya akan meningkat kepada 10.05 inci apabila dipanaskan manakala bila disejukkan, ia akan kembali kepada ukuran asal.

Justeru, jika ia disejukkan serta merta, bahagian yang sedang mengembang akan berhenti mengecut pada saat berlainan, bergantung kepada bahagian mana yang menerima rangsangan sejuk secara terus.

Reaksi yang menyebabkan kuali meleding ini tidaklah membahayakan kesihatan, namun ia menjejaskan kualiti masakan anda apabila pemanasan tidak rata.

Anda pasti tak mahu masak telur hangit separuh, mentah separuh, bukan?

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

9 + twelve =