5 Tip Pulihkan Konflik Suami Isteri Tanpa Luahkan Pada Umum

5 Tip Pulihkan Konflik Suami Isteri Tanpa Luahkan Pada Umum | Selama ini, suami kita elok saja bergurau senda. Kalau kita merajuk, dia akan segera memeluk dan memujuk.

Emosi perempuan bukannya selalu stabil, bila datang anginnya, kita pun hilang pedoman. Marah-marah dan barangkali hari itu terlebih marah.

Rupa-rupanya suami kita terasa hati. Dia diam saja tak beritahu pun yang dia terluka dengan perbuatan tak sengaja kita tu. Bukan saja suami jadi pendiam, dia juga lebih kerap belek handpone.

Kalau sebelum ni, dia balik tolong mengemas, membasuh dan layan anak, tiba-tiba selepas pergolakan kecil itu, suami tak lagi ambil peduli. Puaslah kita memikir kesalahan. Tanya pada suami, dia diam. Tak maklumkan apa yang mengubah tingkah lakunya secara tiba-tiba.

Hari pertama, kita boleh terima. Masuk hari kedua, isteri dah susah hati. Sampai hari ketiga, tak boleh jadi dah ni. Konflik suami dingin ni kena diperbetulkan sebelum jadi melarat.konflik suami isteri, suami isteri bergaduh, suami isteri merajuk, pasangan merajuk,

Sebabnya kalau ber konflik suami isteri kena tak lebih tiga hari. Kalau hubungan saudara mara pun boleh jatuh putus silaturahim inikan pula pasangan kelamin. Jadi apa yang isteri boleh lakukan nak memecahkan konflik suami isteri selain kebuntuan tangani suami dingin ni.

5 Cara Selesaikan Konflik Suami Isteri Dengan Hikmah

1. Tenangkan Diri

Bila tiba-tiba suami tak ambil peduli dan beri respons pada setiap kata-kata kita, jangan terus meroyan di Facebook, WhatsApp atau kongsikan semua keresahan tu pada kawan-kawan.

Bertenang.. ambil nafas dalam-dalam fikir baik-baik. Flashback apa yang kita dah buat sampai suami jadi marah sangat.Bila dah jumpa silap kita, susun kata-kata dengan baik agar dapat dijelaskan pada suami nanti.

BACA JUGA: Teguran ‘Lembut’ Buat Suami Yang Suka Melepak Dengan Kawan-Kawan

2. Tanya Pada suami Dengan Baik

Waktu di kamar tidur atau ketika suami sedang bersenang-senang, dekatinya dan tanyakan tentang perubahan sikapnya itu. Kalau suami belum juga memberi respons, jangan marah. Tapi terangkan apa yang anda rasa. Luahkan dengan bijak dan bukannya mendesak.

Katakan, anda dah buat cara itu suami tetap juga dengan egonya. Okay… jangan panik. Sekali lagi, jangan up status kesedihan anda itu di media sosial.

3. Bertanyakan Pula Pada Allah

Ketika dalam solat, anda sebenarnya sedang meminta pada Allah agar dirahmatiNya dan disayangiNya. Mengadulah padaNya agar dibukakan pintu kasih sayangNya. Pertama sekali, jangan diharap yang suami akan berubah, tapi haraplah agar Allah mengampuni diri anda dahulu.

Haraplah kasih sayang Allah dan rahmat dariNya. Jika doa anda dimakbulkan, Yang Maha Pengasih akan memberi jalan penyelesaian pada konflik yang anda alami.Usai solat, kawal lagi dirimu lagi, jangan kongsi konflik dengan suami di mana-mana media sosial.

4. Buka Al-Quran.. Bacalah!

Barangkali sebelum ini kita terleka apabila berlaku konflik suami isteri baru kita sedar. Dalam meniti bahagia yang diberikanNya kita terlupa untuk mengucapkan syukur. Mungkin, aturan pertengkaran ini memberi sedikit ruang untuk anda jadi hambaNya yang tahu mengucapkan terima kasih.

Dekatkanlah diri dengan ayat-ayat Allah. Mungkin anda akan temui jawapan diamnya suami anda itu.

BACA JUGA: Serabut Anak Banyak Tanya, Ini Yang Anda Boleh Lakukan

5. Air mata Boleh Jadi Senjata Sewaktu Konflik Suami Isteri

Luahkanlah resah hati anda pada suami untuk sekian kalinya. Jika perlu menangis, menangislah.. terangkan pada suami apa yang anda rasa, tanyakan sekali lagi apakah kesilapan yang anda telah buat. Siapa tahu, cara ini berkesan dan suami akan terangkan sebab-sebabnya.

Jika dia suami yang anda cinta, dan anda yang dia cinta, sudah tentu dia tidak Kadangkala Suami Cuma Mahu Diam.

Diamnya suami kadangkala bukannya dia marah, ada affair atau kecewa dengan anda. Cuma ada satu masa suami cuma mahu diam.

Diam kosong yang tidak membawa apa-apa maksud. Jadi biarlah dia begitu, jangan pula anda desak untuknya berkata. Anda cuma perlu cari kembali dan bangkitkan mood suami.

BACA JUGA :: Suami Isteri Sering Bertengkar Amalkan Zikir Harian Nabi Ini InsyaAllah Hubungan Kembali Mesra

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × 4 =