5 Khasiat Kimchi Makanan Korea Yang Elok Untuk Turun Berat Badan & Awet Muda

5 Khasiat Kimchi Makanan Korea Yang Elok Untuk Turun Berat Badan & Awet Muda | Semestinya peminat Korea sudah tahu apa itu kimchi. Bagi yang belum tahu, kimchi merupakan makanan tradisional Korea. Kimchi dihasilkan daripada campuran kubis yang dihiris nipis dengan bahan seperti garam, cuka, bawah putih dan serbuk cili.

Setelah semua bahan dicampur dan digaulkan sehingga sebati, kimchi disimpan di dalam balang dan diperam untuk dijadikan jeruk atau acar.

Kimchi merupakan makanan sampingan dalam setiap hidangan Korea. Ia sangat sedap dimakan dengan nasi atau ramen (mi segera). Ada yang kurang minat dengan kimchi kerana rasa sayur jeruk yang mungkin agak kurang selesa.

Namun sebenarnya bagi peminat sayur jeruk kehadiran makanan utama korea ini memang sentiasa di nantikan. Ianya merupakan alternatif bagi peminat cencaluk, budu ataupun jenis sayur jeruk yang lain.

khasiat kimchi
Credit: Surakoreancuisine

Ramai yang tidak tahu sebenarnya kimchi memilki banyak manfaat untuk kesihatan termasuklah menurunkan berat badan.

BACA JUGA :: Untuk Anda Yang Nak Diet Tapi Berjimat, Semak 11 Panduan Membeli & Susun Makanan Ni

Berikut adalah khasiat Kimchi yang perlu anda tahu:

1. Mengandungi Probiotik (Bakteria baik dalam badan)
Kimchi yang dijeruk mengandungi bakteria yang baik atau probiotik yang membantu pencernaan. Selain itu, probiotik juga berfungsi melawan pelbagai jangkitan penyakit.

2. Melambatkan Penuaan
Kimchi yang diperam selama dua minggu mengandungi khasiat kimchi dari segi antioksidan yang mampu menyamarkan penuaan pada kulit. Selain itu, khasiat kimchi juga membantu menyihatkan kulit dan rambut serta mengurakan kedutan pada wajah. Tidak hairanlah orang Korea memiliki kulit yang cantik dan kelihatan lebih muda dari usianya.

3. Membantu Menurunkan Berat Badan
Pada siapa yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba makan Kimchi. Kimchi yang memiliki bakteria baik, elok untuk mengurangkan rasa keinginan makan dengan mengurangi kadar gula pada darah. Capsaicin yang terdapat dalam cili dapat meningkatkan kadar metabolisme.

4. Menghindar Kanser Perut
Kubis China dan lobak putih yang digunakan dalam pembuatan Kimchi mengandungi bahan seperti isocyanate dan sulfide baik. Khasiat khimchi untuk menyingkirkan logam dalam hati, usus kecil dan buah pinggang.

5. Menurunkan Kolestrol
Bawang putih yang terdapat dalam kimchi mengandungi allicin dan selenium yang dapat membantu menurunkan kolestrol dalam darah dan juga mengurangkan risiko penyakit angin ahmar dan penyakit kardiovaskular.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × four =