Inilah Khasiat Kopi Halia, Bagi Peminat Kopi Anda Mungkin Mahu Mencubanya!

Inilah Khasiat Kopi Halia, Bagi Peminat Kopi Anda Mungkin Mahu Mencubanya! | Anda mungkin pernah merasai dan menikmati teh halia panas mahupun yang sejuk. Namun, pernahkah anda membayangkan kopi yang dicampurkan dengan halia? Apa pula rasanya?

kopi halia

Sebenarnya ia bukan sahaja mempunyai rasa yang unik dan sensasi, menggabungkan halia bersama kopi merupakan satu cara untuk mendapatkan satu minuman yang sangat sihat, bukan omong kosong ya!

Jika anda tidak tahu, kedua-dua halia dan juga kopi merupakan jaguh bagi carta antioksidan terbaik. Kopi berada di tempat pertama dikenali sebagai makanan yang sangat tinggi kandungan antioksidan. Manakala, halia tidak jauh dari situ, turut dipercayai mengandungi antioksidan sangat tinggi.

Jadi, bayangkan anda menggabungkan keduanya menjadi kopi halia! Kopi yang kebanyakan disukai oleh lelaki membantu menangani pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, diabetes jenis 2, Parkinson dan sebagainya.

Manakala, halia telah digunakan sejak 2,000 tahun lalu dalam pelbagai tamadun terutamanya di Asia dan juga Afrika. Bukan sahaja menyedapkan makanan malah diangkat sebagai salah satu makanan paling sihat di dunia.

Antara kelebihan halia termasuklah sifatnya yang antibakteria, antioksidan, anti-kanser, menurunkan kadar kolesterol, melawan diabetes dan melindungi hati.

Jadi, mengapa anda perlu minum kopi halia?

Memetik laman nicksfit, kombinasi halia dan kopi ini secara ringkasnya mampu meningkatkan fungsi antioksidan dan juga anti-radang. Bayangkan kesannya kepada tubuh?

Laman tersebut turut mengesyorkan penggunaan serbuk halia, berbanding halia segar kerana bukan sahaja lebih enak, ia juga mampu berfungsi memanaskan badan dan juga membantu melancarkan penghadaman.

Oleh itu, bagi anda yang ingin mencubanya, hanya tambahkan 1 sudu kecil serbuk halia dalam minuman kopi anda untuk menjadikan kopi halia anda lebih berkhasiat. Lepas ini, ia bolehlah menjadi rutin anda ya!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

20 − 8 =