Inilah 7 Khasiat Daun Kaduk Selain Dari Mencegah Lemak Dan Obesiti

Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan, sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi.

Daun kaduk diguna dengan cara meminum jus nya, untuk melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam, batuk, asma, selsema, reumatisme, keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dgn selaput dada (pleurosy) dan sakit tulang belakang (lumbago).

Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat demam, membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot. Akar daun kaduk adalah ubat berkesan untuk batuk, asma, keradangan pleura, lapisan paru-paru dan kulat pada kulit jari kaki (fungoid dermatitis).

Daun kaduk juga boleh dikunyah untuk menghentikan kesakitan gigi. Suku Karen di Thailand mengambil daun kaduk sebagai makanan sumber kandungan terbaik tempatan untuk beta karotena dan vitamin C.daun kaduk, khasiat daun kaduk, beza daun kaduk dan daun sirih, daun kaduk, manfaat daun kaduk, jus daun kaduk

Daunnya juga digunakan sebagai tonik pencernaan, karminatif, ekspektoran, ejen anti-hyperglycemic dan ejen anti-malaria. Air rebusan dari keseluruhan tumbuhan juga digunakan secara tradisional untuk merawat pesakit kencing manis.

PATI POKOK KADUK DAPAT MENCEGAH KEGEMUKAN

Seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) Berjaya menghasilkan pil mencegah kegemukan menggunakan pati pokok kaduk yang tumbuh meliar di hutan.

Pensyarah Pusat PengajianSains Farmasi USM, Prof Dr Zhari Ismail, berkata pil yang diberi nama ‘nobesiti’ itu mampu menghalang pembuluh darah merebak keseluruh tisu badan bersama lemak makanan.

“Semua lemak yang terkumpul mampu dihalang dengan pengambilan pil ini kerana bahan aktif dalam pati kaduk, iaitu daripada daun, batang, buah dan akarnya mempunyai khasiat tersendiri.”

Beliau berkata, kajian yang dilakukan sejak 2005 mendapati pengambilan pati pokok kaduk boleh menyekat lemak dalam badan.

“Pil itu digunakan sebagai penghalang kepada pembentukan Pembuluh darah baru yang menjadi punca utama obesiti.”

Prof Dr Zhari berkata, berbeza dengan produk lain, nobesiti bertujuan menghalang punca utama kegemukan iaitu pembentukan sel lemak dalam badan.

BACA JUGA :: Ulam Pucuk Kari, Bukan Sahaja Sedap Malah Banyak Khasiat. Sayangnya Ramai Tak Tahu!

8 Khasiat Daun Kaduk

Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masakan lemak, khasiat pokok kaduk lain yang boleh dimanafaatkan terhadapnya adalah merawat;

  • merawat sembelit
  • sakit gigi
  • demam malaria
  • lemah dan sakit tulang
  • melawaskan kencing
  • melegakan selesema dan batuk
  • panau, bisul, kuku kena cagu ( tumbuk daun kaduk sampai hancur, lepastu sapu kat kawasan yang ada panau)
  • bagus untuk masalah usus yang nipis

Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau turut boleh dirawat, hanya caranya berbeza.

Petua Gunakan Daun Kaduk Dalam Merawat Kolesterol Tinggi

Daun kaduk mempunyai khasiatnya tersendiri terutamanya dalam bidang perubatan. Ada perkongsian daripada Aisyah tentang bagaimana merawat kolestrol tinggi menggunakan daun kaduk ni.

Hari ni terasa nak share cara natural turunkan kolestrol. Ada orang, makan macam2 ubat pun kolestrol tak turun2, jadi why not try cara tradisional kan. Kot2 terus turun kolestrol tu.

Petua ni sepupu aisyah yang ajar, sebab dia pun ada kolestrol. Lepas dia amalkan minum air daun kadok ni, kolestrol dia terus hilang dan tak dapat dikesan lagi. Perghh! magic sungguh daun kadok ni kan.

Ok, ni cara buat dia. Cara dia senang jek, amik 7 helai daun kadok, pastu tuang air panas. Minum masa suam, sampai kolestrol hilang. Kalau nak buat ulam pun bagus tau.

Ps: kalau nak rebus pun boleh, nak buat urap ke, kerabu ke, pun boleh. Kalau kat rumah tak de pokok kadok, nanti besok jangan lupa check pokok rumah jiran sebelah, kot2 dia ada tanam pokok kadok ni, boleh minta sikit.

Kredit : Aisyah Badar Bajrai

Semoga memberi manfaat.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five + 17 =