8 Khasiat Dari Buah Pisang Kaki Yang Anda Kena Tahu, Tapi Jangan Makan Berlebihan Pula Ini Sebabnya!

Sedapkan buah pisang kaki ni. Bahasa Inggerisnya persimmon. Pisang kaki yang berwarna oren dan berkilat nampak seperti sebiji tomato. Ia mengandungi sejumlah besar vitamin dan mineral yang boleh membantu kita lebih kuat, lebih sihat dan bertenaga. Buah pisang kaki juga dianggap sebagai ‘buah dewa’ di zaman Yunani purba.

Buah pisang kaki merupakan buah manis dan berair musim sejuk yang berasal dari Tenggara China dan termasuk dalam kumpulan buah-buahan keras. Ada empat variasi pisang kaki yang berbeza iaitu Jepun, Amerika, India dan pisang kaki hitam.

Spesis-spesis ini mempunyai faedah nutrisi asas yang sama dengan sedikit perbezaan dari segi serat. Pisang kaki kaya dengan vitamin A, vitamin C, magnesium, kalium, beta-karotena dan vitamin B yang lain yang sangat penting seperti zeaxanthin, karotenoid dan mineral.

buah pisang kaki[expander_maker id=”1″ more=”Baca Selanjutnya” less=”Artikel Lain”]

Khasiat Buah Pisang Kaki

1. Kaya dengan zat Vitamin C, Beta Carotene (Pro Vitamin A), Zat galian dan bahan antioksidan yang lain.

2. Baik untuk kesihatan di mana ia kaya dengan zat seperti Vitamin C, Sukros, Fruktos, Glukos dan Iodin yang sesuai dalam mengawal tekanan darah tinggi dan meningkatkan pengaliran darah serta melicinkan peredarannya dalam koronari.

3. Mengelakkan masalah sembelit dan juga dapat meredakan masalah sedu.

4. Baik dimakan untuk kesihatan paru-paru dan jantung kerana mengandungi serbau warna putih iaitu bahan manitol, glukos dan vitamin C.

5. Tannin yang terdapat dalam pisang kaki ini juga dipercayai boleh digunakan bagi merawat strok.

6. Mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mengandungi hampir dua kali ganda serat pemakanan.

7. Pisang kaki yang segar juga mempunyai kandungan mineral seperti kalium, mangan, copper dan fosfurus yang baik.

8. Mempunyai vitamin B-Complex bertindak sebagai Co-factors bagi fungsi metabolik dalam badan

Kesan-kesan sampingan jika mengambil buah pisang kaki secara berlebihan.

Walaupun pisang kaki mempunyai banyak khasiat terdapat juga kesan sampingan kepada orang yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Sebagai contoh:

1) Pisang kaki mengandungi tannin yang tinggi jadi jangan ambil ketika perut kosong kerana ia boleh menyebabkan cirit-birit. Ambil pisang kaki dalam kuantiti yang sederhana walaupun selepas makan.

2) Orang yang mempunyai tekanan darah rendah tidak digalakkan mengambil pisang kaki kerana ia boleh menurunkan tekanan darah dan menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius.

3) Kandungan gula dalam pisang kaki yang agak tinggi tidak sesuai diambil oleh pesakit diabetes.

4) Berhati-hati dan tidak keterlaluan jika memakan kulit pisang kaki kerana ia boleh menyebabkan sembelit yang teruk.

Kesimpulannya, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa setiap jenis makanan yang kita makan mempunyai kelebihan dan kadang-kadang ada kesan sampingannya. Walaubagaimanapun kebaikan buah ini masih melebihi keburukannya. Seperkara lagi, sentiasa tekankan kuantiti yang kita makan dan minum. Adalah lebih baik diambil secara bersederhana.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! [/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nineteen − five =