2 Cara Putihkan Kembali Ketiak Hitam Berkerak Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Terfikir

2 Cara Putihkan Kembali Ketiak Hitam Berkerak Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Terfikir | Masalah ketiak hitam mesti buat ramai yang malu dan tak confident dengan diri sendiri kan?

Sebenarnya masalah ni bukannya di alami oleh korang je tapi hampir semua wanita di dunia ni! Kulit ketiak menjadi hitam akibat mencukur atau mencabut bulu ketiak, dan ianya mungkin juga disebabkan oleh bahan kimia yang terdapat di deodorant yang digunakan.

Kalau nak memutihkan ketiak hitam, korang tidak perlu menggunakan produk yang mahal tetapi hanya memerlukan baking soda untuk memutihkan ketiak secara semulajadi.

BACA JUGA :: Lutut & Siku Hitam? Gadis Ini Kongsi Cara Macam Mana Nak Cerahkan Kembali

Berikut adalah cara nak putihkan semula ketiak hitam secara semulajadi :

Cara 1:

Campurkan 1 sudu teh baking soda dengan air secukupnya. Campur keduanya sampai berbentuk scrub. Kemudian, sapu campuran tersebut 2x sehari setelah mandi. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

ketiak hitam

Sapuan baking soda membantu untuk membuang sel kulit mati pada ketiak menjadikan ketiak lebih putih. Bilas dengan air bersih.

Amalkan rutin tersebut sehingga ketiak menjadi putih. Apabila kulit ketiak sudah putih, hentikan rutin tersebut kerana pemakaian baking soda yang berlebihan akan membuat keradangan kulit.

Cara 2:

Campurkan dengan 1 sudu teh baking soda bersama dengan cuka atau perahan lemon/limau nipis. Seterusnya, sapu campuran tersebut pada ketiak, biarkan selama 15 minit hingga setengah kering.

Gosok ketiak korang sampai butiran baking soda dan cuka atau perahan lemon/limau nipis bercampur dengan kotoran ketiak. Kotoran ketiak yang terhasil sebenarnya adalah sel kulit mati.

Setelah itu, bilas dengan air bersih. Amalkan rutin tersebut sehingga ketiak menjadi putih. Apabila kulit ketiak sudah putih, hentikan rutin tersebut kerana pemakaian baking soda yang berlebihan akan membuat keradangan kulit.

Jika anda suka dengan artikel ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih. Selamat mencuba dan semoga berjaya ya!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 × four =