Awas! 5 Kesan Pakai Face Mask Terlalu Lama, Salah Satu Punca Jerawat Membiak!

Awas! 5 Kesan Pakai Face Mask Terlalu Lama, Salah Satu Punca Jerawat Membiak! | Sekarang ini sektor ekonomi negara telah mula beroperasi seperti sedia kala, dan ramai orang telah mula bekerja meski pandemik masih lagi menular di negara.

Namun apakan daya demi meneruskan kehidupan, kita harus bekerja demi sesuap nasi untuk diri dan keluarga.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan garis panduan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi sektor-sektor yang telah mula bekerja..

BACA: Jangan Beli Facemask Yang Tak Sesuai, Pakai Nak Elak Penyakit Bukan Bergaya!

Manakala bagi yang bekerja, semestinya penggunaan topeng muka adalah item wajib sebagai pelindung diri dari jangkitan kuman yang terdapat di udara.

Tapi korang tahu tak? Rupanya ada bahayanya pakai face mask ni terutamanya kalau pakai terlalu lama.

1. Face mask menyebabkan kulit yang kering menjadi gatal

face maskPemakaian face mask secara berterusan boleh menyebabkan kulit menjadi gatal dan juga menggelupas.

Kalau facemask tersebut diperbuat daripada kapas atau sebarang bahan yang boleh menyerap kelembapan, kulit muka akan menjadi bertambah kering. Ini kerana kain pelitup muka tersebut menyerap minyak semula jadi pada muka korang. Seriuslahh

Cara untuk merawatnya:

  • Gunakan pencuci wajah yang bersifat lembut.
  • Selepas selesai mencuci wajah, lapkan muka anda dengan menggunakan kain yang lembut sehingga kering. Jangan sesekali menggosoknya.
  • Setelah itu, gunakan krim pelembap untuk melembapkan kembali wajah anda.
  • Gunakan krim yang mempunyai kandungan ceramide, gylcerin dan hyaluronic acid kerana sebatian ini mampu mengekalkan kelembapan kulit.

2. Jerawat

Bagi korang yang lebih cenderung untuk mendapat jerawat, pemakaian face mask boleh menyebabkan jerawat bertambah dengan lebih banyak.

Ini kerana, bakteria dan mikroorganisma lain boleh berkumpul dan membiak di sebalik pelitup muka yang dipakai itu. Apatah lagi dengan kewujudan kelembapan daripada nafas atau peluh, jerawat akan menjadi lebih mudah terbentuk. Jaga-jaga okay!

Cara untuk merawatnya:

  • Bagi merawat jerawat yang muncul, gunakan pencuci muka bukan komedogenik (non-comedogenic), iaitu jenis produk penjagaan kulit wajah yang berfungsi menghalang penyumbatan liang pori. Gunakannya sebanyak dua kali sehari.
  • Kurangkan penggunaan pelitup muka dengan cara mengurangkan pergerakan keluar rumah tanpa keperluan mendesak.

3. Rosacea berlaku disebabkan pemakaian face mask

face mask

Rosacea adalah satu keadaan di mana saluran darah pada wajah menjadi mengembang atau membesar, lalu menyebabkan pipi, dahi, hidung dan juga dagu menjadi kemerah-merahan.

Antara punca yang menyebabkan rosacea berlaku adalah disebabkan haba atau kepanasan. Apabila anda memakai pelitup muka, bahagian wajah yang terlindung boleh menyebabkan suhu kulit meningkat dan menyebabkan rosacea berlaku.

Cara untuk merawatnya:

Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi bagi merawat rosacea. Tetapi ia memerlukan preskripsi daripada doktor terlebih dahulu sebelum membelinya. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian berkenaan masalah kulit yang sedang dialami. Selain itu, anda boleh cuba menyejukkan kulit anda dengan merenjis sedikit air sejuk pada kulit kemerahan tersebut.

4. Dermatitis
Pemakaian pelitup muka yang berpanjangan juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit yang disebut sebagai dermatitis. Ia biasanya menyebabkan kegatalan, kekeringan, kerengsaan malah kemerahan pada kulit.

Kulit juga mungkin menjadi bersisik atau menggelupas bahkan boleh membengkak.

Cara untuk merawatnya:

  • Bagi kes dermatitis yang sederhana dan tidak serius, anda boleh mengambil ubat antihistamin seperti Benadryl.
  • Boleh juga menggunakan krim steroid topikal seperti krim dengan kandungan hydrocortisone sebanyak satu peratus
  • Gunakan juga jenis pencuci muka yang lembut dan tidak merengsakan kulit.

5. Rasa sakit pada kawasan tertentu seperti di telinga dan juga hidung

Korang mesti boleh bayangkan jika memakai pelitup muka dalam tempoh yang lama, akan berasa sedikit sakit atau tidak selesa pada bahagian telinga iaitu tempat di mana tali pelitup tersebut disangkut selain pada hidung.

Rasa sakit yang dialami tersebut disebabkan oleh geseran antara pelitup dan juga kulit wajah .

Cara untuk merawatnya:

  • Rehatkan wajah korang daripada memakai pelitup muka buat seketika. Jika berada di kawasan yang agak selamat, tanggalkan sebentar pelitup muka untuk memberikan kelegaan pada telinga dan hidung.
  • Bagi mengelakkan korang daripada mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, cuba untuk kurangkan pergerakan keluar rumah.

Keluar rumah jika mempunyai urusan-urusan penting sahaja. Apabila kurang keluar rumah, maka korang juga tidak perlu memakai face mask tersebut.

Hal ini akan dapat mengelakkan wajah daripada masalah kulit seperti yang dinyatakan di atas. Mencegah itu ternyata lebih berkesan daripada mengubati.

Lagi satu, jangan lupa sentiasa cuci topeng muka guna pakai tau, jangan pakai tapi malas basuh! Eeee.. gelilah.

BACA: Hospital Dikompaun RM200,000 Jual 18 Keping Face Mask RM201.60

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 − 1 =