Inilah Kesan Buruk Tabiat Mencungkil Gigi Selepas Makan

Aduh, geram rasanya bila ada sisa makanana yang terselit di celahan gigi! Seperti biasa, kebanyakan dari kita pasti akan menggunakan pencungkil gigi bukan?

Namun tahukah anda menggunakan pencungkil gigi boleh mendatangkan bahaya dan kemudaratan. Perbuatan ini sebenarnya tidak disarankan oleh doktor.

Ini antara sebabnya:

1. Menyebabkan hakisan gusi
Bagi anda yang terlalu asyik mencungkil sisa-sisa makanan yang terselit, ia akan menyebabkan hakisan pada gusi. Kes paling parah pernah dilaporkan adalah pesakit mengalami pendarahan gusi yang berlanjutan.

2. Merosakkan gigi
Kebiasaannya ia bukan sahaja akan mengakibatkan kerosakan gusi, malah gigi juga akan turut terkesan akibat muncung tajam yang terdapat pada pencungkil gigi.

3. Jarak antara gigi akan semakin menjauh

Jika anda sering mencungkil di bahagian yang sama, lama kelamaan ia akan menyebabkan jarak gigi anda semakin menjauh dan mewujudkan ruang di antaranya. Disebabkan itu, kemungkinan besar sisa makanan yang lebih besar akan terselit di celah-celahnya.

4. Kerosakan enamel gigi
Perasan atau tidak, setiap kali menggunakan pencungkil gigi pasti anda akan menggigitnya sekali? Ini akan membahayakan kondisi enamel gigi anda.

5. Kedudukan gigi berubah
Terlalu kerap mencungkil gigi akan menyebabkan kerosakan pada akar gigi. Ia akan menimbulkan rasa ketidakselesaan bahkan akan menyebabkan anda berasa sseperti sakit gigi.

6. Bau mulut
Memang geli dan memualkan sekiranya anda mempunyai mulut yang berbau. Walaupun sudah mengeluarkan sisa menggunakan pencungkil gigi, namun ia tetap akan menyebabkan nafas yang berbau.

Sudah tahu tentang bahaya pencungkil gigi, selepas ini biasakan diri anda untuk memberus gigi bagi menghilangkan sisa makanan yang terlekat itu ya.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

14 + 18 =