Kesalahan Mengering Faraj Mungkin Punca Kulat & Keputihan

Apa anda ingat, muka sahaja yang perlu dilap dan dijaga dengan penuh tertib supaya kesihatannya terjamin?

Kawasan intim wanita yang dipanggil faraj itu pun harus diambil peduli untuk mengelakkannya daripada dijangkiti penyakit seperti kulat, serangan keputihan serta bau yang tidak menyenangkan.

Biarpun permasalahan itu bisa dipulihkan dan tidak serius, jika dibiarkan dan tidak dirawat, lama-kelamaan ia akan bertambah teruk tahu?

FAKTA! Organ seksual wanita adalah yang paling sensitif, bahkan lebih sensitif dariapda alat sulit lelaki kerana memiliki lebih 8,000 saraf berbanding lelaki yang hanya ada 4,000 sahaja.Untuk pengetahuan umum, kajian mendapati kesalahan yang berhubung kait dengan pembersihan faraj adalah punca utama bahagian itu berbau busuk dan terjadinya jangkitan kulat yang pastinya buatkan seseorang berasa tidak selasa saban hari.

APA JADI JIKA TIDAK KERINGKAN FARAJ?
penjagaan faraj, penjagaan bahagian intim, keringkan faraj, keringkan bahagian intim, punca kulat pada faraj, punca keputihan
Baik selepas mandi mahupun selepas membuang air terutamanya, anda WAJIB mengeringkan faraj secara rapi. Jika ia dibiarkan lembab lalu terus memakai seluar dalam tanpa mengeringkan faraj pada kadar sebaiknya, kulat akan membiak dan membuatkan keputihan jadi lebih serius! Ini kerana, kuman seperti bakteria cepat membiak di persekitaran yang lembab.Jadi, sila bawa bersama tisu poket di dalam beg ke mana sahaja anda pergi kerana kadang-kalatisu tandas yang sedia ada terlalu nipis (mudah hancur) dan tidak menyerap kebasahan dengan baik.

CARA MENGELAP & MENGERINGKAN ALAT SULIT DENGAN BETUL
penjagaan faraj, penjagaan bahagian intim, keringkan faraj, keringkan bahagian intim, punca kulat pada faraj, punca keputihanCara A paling tepat berbanding cara B dan C. Sila ambil perhatian! Sama ada membuang air besar atau air kecil sekalipun, laplah menggunakan tisu bersih dan kering daripada arah depan ke belakang dan bukannya dari belakang ke hadapan.

Ini adalah cara mengelap faraj atau dubur dengan betul untuk menghalang kawasan intim tersebut dijangkiti sebarang infeksi bakteria terutama sekali yang hadir daripada sisa najis.

Hal ini juga akan memastikan keadaan punggung dan kemaluan lebih kering dan terasa bersihberbanding mengelap dari arah punggung ke kemaluan.

Sekarang dah jelas kan cara yang betul untuk mengelap dan mengeringkan kawasan intim? Ingat… mulai daripada hari ini KESAT DARI DEPAN KE BELAKANG okay.

Selamat beramal!

BACA JUGA: Wanita Wajib Baca Ni Tip Memastikan Rahim & Faraj Yang Sihat Sepanjang Usia

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

one + 1 =