Kerja Atau Sambung Belajar? Ini 5 Perkara Yang Sering Menjadi Persoalan Pelajar Lepasan Sekolah!

Kerja Atau Sambung Belajar? Ini 5 Perkara Yang Sering Menjadi Persoalan Pelajar Lepasan Sekolah! | Melangkah keluar daripada alam persekolahan pastinya memberikan rasa dan pengalaman yang berbeza bagi setiap individu.

Dulu, setiap hari korang perlu memakai baju seragam sekolah, ikut peraturan yang ditetapkan dan boleh have fun dengan kawan-kawan.

Tapi, bila habis je zaman persekolahan, semuanya akan berubah. Ini 5 perkara yang sering jadi persoalan pelajar lepasan sekolah. Korang macam ni juga ke?

[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

1. Nak kerja part time atau duduk rumah?

Selalunya, lepas sekolah mesti korang terfikir nak buat apa. Kalau duduk rumah je mesti bosan sebab kena buat benda yang sama hari-hari. Kena masaklah, kemas rumah atau basuh pinggan. Stressnya!

Sebab tulah ramai yang pilih untuk mencari duit tambahan dengan melakukan kerja secara sambilan. Bila dapat duit sendiri rasa bahagia je sangat sebab boleh beli macam-macam.

2. Nak sambung belajar atau kerja terus?

Selalunya persoalan ni akan timbul bila korang dah selesa bekerja dan pegang duit sendiri. Sampai satu tahap, korang akan berada dalam persimpangan. Patut ke korang sambung belajar atau terus ke bekerja. Dilemanya!

3. Layak ke aku sambung jurusan ni?

Ekonomi aku B-, lepas tak kalau apply kos perniagaan? Bila tengah tunggu keputusan peperiksaan, sepatutnya korang dah tau nak sambung pelajaran ke bidang mana. Masa ni, korang dah boleh survey kat internet syarat kelayakan untuk sesuatu bidang pelajaran yang korang minat.

Takdelah korang terpinga-pinga atau hilang arah bila dapat keputusan nanti.

4. Alaa.. Tak dapat course yang aku nak, apa nak buat ni?

Tak dapat kursus yang korang nak? Pertama sekali jangan panik, mungkin kolej atau universiti yang korang mohon tu letakkan syarat yang tinggi untuk melayakkan korang apply.

Apa yang korang boleh buat ialah, cuba semak kelayakkan kursus yang korang nak pilih di semua tempat yang menawarkan kursus tu termasuklah universiti swasta. Kalau keputusan peperiksaan korang masih tak boleh melepasi syarat kelayakkan di semua tempat yang korang dah survey, barulah korang boleh fikir untuk pilih kos yang lain.

5. Nak sambung belajar dekat mana ni? Ada pinjaman atau biasiswa tak?

Dah dapat sambung belajar, masalah baru pula timbul. Tempat korang nak sambung pengajian tu ada sediakan pinjaman pelajaran atau biasiswa tak?

Sebelum pilih tempat nak sambung pengajian, korang kena check dulu pusat pengajian tersebut ada sediakan kemudahan ni ke tak. Takdelah terkapai-kapai cari sumber kewangan bila nak bayar yuran jika korang kurang berkemampuan.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 × 3 =