Home All Petua Kesihatan Diri Kerap Sakit Pinggang, Leher & Otot Ketika Di Pejabat? Cuba 3 Senaman...

Kerap Sakit Pinggang, Leher & Otot Ketika Di Pejabat? Cuba 3 Senaman Mudah Ni Di Rumah

1338
0
sakit pinggang
Kerap Sakit Pinggang, Leher & Otot Ketika Di Pejabat? Cuba 3 Senaman Mudah Ni Di Rumah 1

Sakit Pada Bahagian Pinggang, Leher dan Otot? Cuba 3 Senaman Mudah Ni Di Rumah | Siapa yang di sini seringkali sakit pinggang dan leher sering tegang ketika bekerja? Mungkin anda juga mengalami kesukaran untuk berdiri selepas duduk seharian di pejabat?

Mungkin pada mulanya kesakitan itu hanya sementara dan kemudian akan hilang apabila anda mendapatkan cukup rehat. Namun, ianya kembali berulang. Ada yang memilih untuk mengambil ubat mengurangkan tekanan pada otot dan tidak kurang juga memilih untuk pergi berurut untuk melonggarkan kembali bahagian otot yang terasa ketat.

Tetapi kesakitan ini sebenarnya anda boleh cegah sebelum menjadi teruk dan tidak perlu untuk pergi berurut atau mengambil ubat yang kerap. Ianya hanya memerlukan sedikit masa anda ketika berada dirumah.

3 Senaman Menghilangkan Sakit Pinggang, Leher dan Otot

3 senaman berikut jika dilakukan secara teratur dapat menghilangkan sakit pinggang, leher dan otot pada bahagian tertentu yang banyak di gunakan semasa kita bekerja seharian di pejabat. Cara ini dapat juga melatih otot tubuh bahagian atas kita hingga tidak mudah sakit lagi.

1. Regangan otot dada

Kerap Sakit Pinggang, Leher & Otot Ketika Di Pejabat? Cuba 3 Senaman Mudah Ni Di Rumah 2
Cari sudut dinding di berdekatan anda seperti yang kelihatan di gambar, tekan tapak tangan anda di dinding dan tolak tubuh anda ke depan. Campurkan dengan gerakan putaran pinggang.

Di luar itu tambahkan juga dengan pernafasan yang dalam dan lambat hingga otot dada dirangsang untuk bergerak. Latihan ini dapat dilakukan selama 30 saat diakhiri dengan rehat sebentar, dan lakukan latihan ini berulang sebanyak 3 kali.

2. Teknik renggangan dengan bola tenis

Kerap Sakit Pinggang, Leher & Otot Ketika Di Pejabat? Cuba 3 Senaman Mudah Ni Di Rumah 3

Teknik renggangan ini memerlukan 1 benda tambahan iaitu sebuah bola tenis. Latihan ini dapat membantu otot dada yang mungkin kaku kerana duduk terlalu lama memperoleh sifat elastiknya kembali. Latihan ini dimulkan dengan memegang bola tenis dengan kedua tangan dan gerakkan di bahagian dada secara perlahan-lahan. Setelah melakukan gerakan ini selama 1 minit, berehatlah selama 5-10 saat dan lakukan latihan ini berulang sepanjang 3 kali.

3. Renggangan dengan belon/roller untuk punggung bahagian atas

Kerap Sakit Pinggang, Leher & Otot Ketika Di Pejabat? Cuba 3 Senaman Mudah Ni Di Rumah 4

Belon seperti yang pada gambar dapat membantu kita melakukan renggangan di bahagian punggung. Posisikan belon di punggung bahagian atas, letakkan kedua tangan di bahagian kepala dan jangan biarkan tangan sampai ke lantai, pertahankan posisi itu dan gerakkan badan ke atas dan ke bawah.

Bila di bahagian tertentu ada rasa sakit yang dirasakan, berhentilah sebentar di bahagian itu. Setelah bergerak selama 10-15 saat, rehat sebentar dan lakukan kembali berulang selama beberapa kali.

Dalam beberapa latihan yang pertama, gerakan-gerakan ini mungkin dapat menyebabkan sedikit rasa sakit pada sisi tertentu. Namun janganlah cemas kerana seiring dengan latihan yang semakin kerap, rasa sakit pinggang dan lenguh itu bakal beransur-ansur hilang dan anda akan merasa jauh lebih selesa.

Kami harap dengan perkongsian ini akan membantu anda lebih selesa dan tenang dalam menghadapi tekanan semasa bekerja dengan keadaan fizikal yang lebih sihat dan otot tidak tegang. Kongsikan dengan rakan sekerja yang ada masalah sakit pinggang senaman ini supaya dapat membantu mereka juga.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here