Cuba Petua Ni Untuk Kenyang Lebih Lama, Elak Makan Makanan Berat Waktu Malam

Memang Ajaib rasa kenyang lebih lama! Tak rasa nak makan malam apabila amal meminum minuman ini,Kalau begini berat badan pun cepatlah turun..tak percaya? cubalah sendiri…

Nak kurus tapi bila malam, makan tak ingat. Ini kegagalan besar kita yang nak berdiet. Sebabnya bila dah pulang kebanyakan wanita akan masak untuk suami dan anak.

Waktu ini perut pun mula rasa lapar kerana banyak tenaga yang dah habis selepas seharian bekerja. Sudahnya kita akan gagal kawal nafsu lalu makan bersama mereka, maka hancurlah diet kita hari itu.

Bagi anda yang berdepan dengan masalah ini maka disarankan mengamalkan minuman yang dikongsi oleh Nurul Moleek Cereprove, kadang perasaan nak makan malam tu memang tak boleh dielakkan kalau tiba-tiba tengah malam terlalu lapar. Jadi nak pastikan kenyang lebih lama jom sama-sama amalkan petua ni.

PETUA MINUMAN UNTUK KENYANG LEBIH LAMA SESUAI UNTUK BERDIET

kenyang lebih lama

Menurutnya petua nak kenyang lebih lama dengan minuman campuran epal hijau, kurma, serbuk kayu manis dan susu ini dikongsi kerana terbukti berkesan selepas diamalkan.

Dia mengamalkan minum minuman ini jam 7 malam dan inilah yang membantunya berasa kenyang lebih lama sehinggalah waktu tidur.

Bila perut berasa kenyang ia sekali gus mengelakkan kita terjebak dari makan sewaktu menyediakan hidangan untuk keluarga.

Kata Nurul lagi ia sesuai diamalkan untuk ibu baru bersalin yang menyusukan anak kerana tidak menjejaskan penghasilan susu. Malah ia juga membantu wanita yang mengalami masalah sembelit.

Bagi yang mahu mencuba berikut adalah cara menyediakan minuman diet yang membantu kenyang lebih lama yang dikongsinya:

Bahan yang diperlukan

  • 1 biji epal hijau
  • 2 biji kurma
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis Ceylon
  • 1 gelas susu (boleh pilih susu rendah lemak)

Cara membuat :

  • Potong kecil buah kurma dan epal. Tak perlu buang kulit kerana bahagian itu mengandungi flavanoid yang baik untuk jantung dan elakkan strok.
  • Masukkan susu, buah yang dipotong dan serbuk kayu manis Ceylon tadi dalam alat pengisar. Lebih enak jika dicampurkan dengan ais.
  • Kisar sampai halus semua bahan dan tuang dalam gelas.
  • Boleh terus diminum kerana kuantiti bahan ini adalah untuk satu hidangan.

Khasiat kayu manis Ceylon :

  • Mengawal paras glukosa & dan mengawal penyimpanan lemak
  • Kandungan karbohidrat & kombinasi serat tinggi mampu beri rasa kenyang lebih lama
  • Singkirkan toksin dari badan
  • Atasi sembelit & usus tersumbat
  • Boleh mencegah masalah perut dan usus.

Selamat mencuba.

BACA JUGA: Petua Air Kurus Viral Selesaikan Masalah Badan Berangin

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

sixteen + seven =