Kenapa Anak Suka Berdiri Depan TV Ketika Sedang Menonton? Ini Sebabnya

Kenapa Anak Suka Berdiri Depan TV Ketika Sedang Menonton? | Anak mana yang tak pernah berdiri betul-betul depan tv waktu kita menonton? Mari lihat apa kata ilmu psikologi.

“Ha, masuklah dalam tv tu!” ayat wajib mak ayah. Ibubapa yang mana pula tak pernah naik angin sebab anaknya ‘block’ view mereka.

Mungkin ramai yang terkejut kalau saya katakan bahawa perilaku tersebut sebenarnya menunjukkan anak anda ‘normal’ secara psikologi. Anda patut bersyukur dan bukannya mengamuk.

Apa yang ramai tidak tahu ialah, sebenarnya perilaku tersebut ialah sebahagian daripada fenomena dipanggil ‘EGOCENTRISM’ menurut Piaget Cognitive Model.

Menurut Piaget (1896-1980), kanak-kanak memahami dunia sekeliling mengikut fasa-fasa yang bertahap. Pada usia kanak-kanak 2 hingga 7 tahun, fasa ini dipanggil PREOPERATIONAL.berdiri depan TV

Egocentrism merupakan salah satu komponen pada fasa ini, dimana kanak-kanak merasakan mereka adalah ‘centre of the universe’.

Pandangan mereka terhad kepada pandangan peribadi dan tidak boleh modify pandangan tersebut berdasarkan pandangan orang lain. Hitam kata dia, hitamlah. Tak kira kita explain macam mana yang itu sebenarnya kelabu.

Pada pandangan kanak-kanak, ‘kalau saya nampak, orang lain mesti nampak juga!’ (Sebab tu saya berdiri depan tv, saya mana tau saya block view mak ngan ayah!)

Egocentrism tidak sama dengan sifat ‘selfish’, ia hanya antara fasa pembentukan ‘personal view’. Ada banyak lagi fasa yang mereka lalui sebelum kognitif mereka matang sebelum dewasa.

‘Kalau biar, rabun mata nanti doktor..’

BACA JUGA: 7 Cara Didik Anak Lebih Pintar

Posting ini bukan bermakna kita tidak boleh menegur anak berdiri depan TV.

Cuma saya ambil specifically contoh anak berdiri depan tv ini untuk membawa ibubapa memahami bahawa ada perilaku anak-anak ialah petanda perkembangan emosi dan kognitif mereka.

Beza melihat anak berbuat sesuatu kerana ‘nakal’ dan berbuat sesuatu kerana sifat ‘semulajadi kanak-kanak’yang menjadi sebahagian dari perkembangan usia mereka.

Oleh itu, jangan sebarangan mengkritik, menghentam dan memarahi anak-anak. Tindakan kita dalam mendisiplinkan anak-anak MESTI sejajar dengan tahap perkembangan mereka.

Ini yang kita selalu silap. Terutama kalau ada anak lebih dari 2,3 orang. Kita hentam samarata yang umur 3 tahun kena marah sebab yang sama dengan apa yang umur 7 tahun buat. Padahal tahap kematangan emosi, kognitif dan sosial mereka tidak sama.anak berdiri tengok TV, anak menonton TV, anak tengok TV lama, sebab anak tengok TV berdiri, jangan tengok TV lama

SEBAB ITULAH, Rasulullah menggariskan tarbiyyah anak-anak berdasarkan tahap umur. Umur 7 tahun suruh solat, 10 tahun baru rotan (Hadis Hasan, Riwayat Abu Daud). Begitu juga dalam hal mengasingkan tidur dan sebagainya.

Ada fasanya yang perlu difahami oleh ibubapa.

Banyak lagi perilaku anak-anak selain dari berdiri depan TV yang sebenarnya hanya mencerminkan tahap perkembangan mereka dan bukannya petanda ‘nakal’.

Sumber: Facebook Page Dr Rozanizam Zakaria

BACA JUGA: Mark Adam Akui Kadang-Kadang Kalau Sentiasa Keluar TV Pun Tak Elok

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

16 + 2 =