Home Resipi Kek Kukus Coklat Cheese Ikut Sukatan Cawan, Lebih Mudah Dan Confirm Sedap

Kek Kukus Coklat Cheese Ikut Sukatan Cawan, Lebih Mudah Dan Confirm Sedap

9245
2
kek kukus coklat cheese

Kek Kukus Coklat Cheese Ikut Sukatan Cawan, Lebih Mudah Dan Confirm Sedap | Pernah rasa tak kek yang satu ini? Kek kukus coklat cheese memang nikmat jika dapat merasainya, cair dimulut katanya. Seronok jika dapat membuat kek ini dengan jayanya. Boleh cuba buatnya ikut resipi ini.

BAHAN A :

  • 1 cawan gula*
  • 1 cawan susu cair*
  • 1 cawan koko*
  • 1 cawan minyak*
  • 1/2 cawan susu pekat*

BAHAN B :

  • 3 biji telur (A)

BAHAN C :

  • 1 cawan tepung naik sendiri

Bahan untuk cheese :

  • 250gm cream cheese*
  • 60gm gula castur*
  • 25 gm tepung gandum*
  • 25 gm susu segar*
  • 1 biji telur

kek kukus coklat cheeseCara membuat Kek Kukus Coklat Cheese:

  1. Campurkan semua bahan A dan masak atas api kecil kacau supaya tak berketul bila dah sebati tutup api n biarkan sejuk.
  2. Pukul bahan B sampai kembang dan gebu kemudian masukkan bahan A kacau hingga sebati dan masukkan pula bahan C . Kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan coklat ke dalam loyang dan kukus hingga masak. Kemudian,diikuti dengan adunan cheese dan juga kukus hingga masak.
  4. Setelah itu,tuangkan sekali lagi sebahagian lagi adunan coklat menjadikan 3 lapisan kesemuanya..kukus hingga masak.
  5. Siap angkat dan sejukkan barulah diterbalikkan.
  6. *Loyang hendaklah disapu majerin dan dialas kertas minyak.

CARA MEMBUAT ADUNAN CHEESE :

  • Pukul semua yang bertanda kecuali telur sampai gebu dan masukkan telur kemudian pukul lagi sampai sebati siap leh la dikukus semuanya. Best sangat rasa lembut jaaa

Apa pandangan anda dengan artikel cara membuat kek kukus coklat cheese ini? Komen di bawah:

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here