Inilah 10 Keadaan Mata Yang Menunjukkan Masalah Kesihatan Kita

Dengan melihat mata seseorang kita dapat mengetahui masalah kesihatannya. Mata merupakan organ yang penting bagi kita. Anda akan dapat mencegah dengan lebih awal jika anda dapat mengesan dengan awal gejala kesihatan anda.

Berikut merupakan 10 keadaan mata yang dapat dikaitkan dengan masalah kesihatan anda:

1) Lingkaran hitam

Jika terdapat lingkaran hitam dibawah kelopak mata anda semasa anda bangun pagi, mungkin terdapat racun-racun atau toksik yang terkumpul didalam tubuh badan anda. Kulit kelopak mata merupakan bahagian yang sensitif berbanding kulit dibahagian lain. Ia juga dikatakan bahagian yang dapat mencerminkan keadaan fizikal seseorang.masalah mata, kesihatan mata, mata rosak, kesihatan ganggu penglihatan, masalah penglihatan,

Jika lingkaran hitam muncul dalam jangka masa yang pendek, faktor utamanya mungkin disebabkan keletihan dan kurang tidur. Namun jika ia muncul dalam jangka masa yang panjang, ada kemungkinan anda mempunyai masalah gangguan saluran air kencing atau sistem reproduksi ginjal.

Disyorkan supaya tidak berjaga malam, makan makanan bernutrisi dan lebihkan memakan makanan bergandum.

2) Kulit disekitar mata bengkak

 

masalah mata, kesihatan mata, mata rosak, kesihatan ganggu penglihatan, masalah penglihatan,

Keadaan ini selalu terjadi jika anda meminum air dengan kuantiti yang banyak sebelum tidur. Namun jika anda tidak minum air sebelum tidur tetapi kulit disekitar mata anda bengkak, berkemungkinan ginjal anda mempunyai masalah. Bukan lelaki sahaja akan mempunyai masalah ginjal, perempuan juga boleh menghadapi masalah yang sama. Disyorkan untuk meminum air yang cukup pada waktu pagi.

3) Muncul bintik-bintik seperti lemak dibawah atau sekitar mata

masalah mata, kesihatan mata, mata rosak, kesihatan ganggu penglihatan, masalah penglihatan,

Jika anda menyedari disekitar mata anda terdapat bintik-bintik putih, makin lama makin banyak, ini menunjukkan tahap kolesterol di dalam tubuh badan anda tinggi.

Anda disarankan untuk menggunakan krim mata bebas minyak. Kurangkan memakan makanan berkolesterol tinggi dan melebihkan sayuran didalam makanan harian anda.

4) Mata berurat merah

Ini mungkin disebabkan darah tidak lancar, keletihan dan tidak cukup rehat. Titiskan ubat penyegar mata seperti eye mo menyegarkan kembali mata anda. Pengambilan vitamin C juga digalakkan.

5) Ketumbit

Ketumbit boleh dikaitkan dengan jangkitan bakteria, kerana imun badan yang tidak kuat untuk melawannya. Bakteria mudah merebak dibahagian akar bulu mata. Ketumbit kebiasaan akan sembuh setelah sebulan, jika tidak sembuh, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik supaya badan kebal untuk melawan bakteria.

6) Bahagian putih mata bertukar kekuningan

Masalah ini mungkin ada kena mengena dengan saluran hempedu atau fungsi hati. Ia juga merupakan tanda-tanda kanser pankreas. Segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

7) Kebiruan disekitar biji mata hitam

Ini menunjukkan tubuh badan anda kekurangan zat besi, dan anemia (kekurangan sel darah merah). Disarankan untuk memakan kacang tanah dan makanan yang dapat menambah darah seperti kerang.

8) Muncul gumpalan hijau kemerahan di mata putih

Ini merupakan gejala-gejala seperti sembelit atau masalah sistem pencernaan.

9) Muncul tompok kuning di mata putih

Masalah ini dipanggil pinguecula, sering terjadi pada orang-orang tua. Ia juga sering terjadi pada orang yang banyak menghabiskan masa dibawah sinar matahari atau sinaran UV.

Ia juga terjadi disebabkan iritasi oleh debu, asap dan angin. Pinguecula adalah tidak berbahaya dan tidak mempunyai kesan negatif kepada penglihatan.

10) Muncul lingkaran putih atau bintik-bintik di iris mata

Sangat berisiko kepada pemakai kanta sentuh, ia mungkin tanda infeksi pada kornea mata. Ia disebabkan oleh luka kecil kerana pemakai kanta sentuh tidak memakai dengan berhati-hati.

Walaubagaimanapun, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut. Semoga info-info ini bermanfaat kepada semua.

BACA JUGA: Lakukan Ini Dirumah Untuk Hilangkan Eyebag Secara Semulajadi

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

fourteen − 1 =