Tip Kawal Anak Yang Asyik Nak Makan Tak Kira Waktu, Idea Bernas Ibu Ini Berjaya Boleh Ditiru!

Tip Kawal Anak Yang Asyik Nak Makan Tak Kira Waktu, Idea Bernas Ibu Ini Berjaya Boleh Ditiru! | Sejak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan minggu lalu, ramai ibu berdepan situasi anak yang duduk di rumah asyik kelaparan dan mahukan jajan.

Situasi yang sama bukan saja dihadapi ibu di Malaysia tapi juga di luar negara termasuklah Amerika Syarikat yang turut mengalami perintah berkurung di beberapa buah negeri.

Namun cara salah seorang ibu di Amerika Syarikat Jennifer Hallstrom menangani perkara ini telah trending di hampir seluruh dunia bila dia berkongsi teknik yang dilakukan untuk mengawal selera makan tiga orang anaknya.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

kawal anak

Mak-mak kat sini pun boleh praktik cara yang sama untuk kawal anak yang asyik nak makan je!

Saya banyak melihat posting ibu ibu yang mengadu anak asyik mahu makan sepanjang duduk di rumah. Ini cara saya:

  • Setiap anak disediakan satu bekas atau bakul kecil (seperti dalam gambar).
  • Setiap hari pada waktu pagi saya akan meletakkan letakkan beberapa jenis biskut, roti, buah atau jajan yang boleh mereka makan sepanjang hari.
  • Maka pandai pandai lah anak mengatur waktu makan mereka. Jika habis ia takkan ditambah.
  • Saya juga letakkan sebiji bekas minuman untuk mereka gunakan sepanjang hari. Saya tak mahu basuh 50 biji cawan sehari!

INFO

Tapi ini bukanlah bermakna anak saya cuma makan makanan dalam bekas ini saja. Mereka disediakan sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam. Cuma kuantiti jajan atau snek dikawal.

Ini cara saya memandangkan saya tak punya kemampuan untuk membelanjakan banyak wang untuk membeli jajan anak.

Idea daripada Jenifer ini telah mendapat respon dari ramai ibu lain sehingga mendapat lebih 398K perkongsian di Facebook. Ibu lain yang nak ikut cara kawal anak yang kerja nak makan je dipersilakan.

Sumber:Jennifer Hallstrom[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × 2 =