Kasut Sekolah Berlumpur Bersih Sekelip Mata, Ikut Cara Ini

Selain dari pakaian sekolah, kasut sekolah sebenarnya lebih mudah kotor ini kerana anak-anak diusia muda mereka ini memang aktif dan tidak ambil kisah sangat dengan aktiviti fizikal yang boleh menyebabkan kasut mereka berubah warna. Nak pula anak yang masih di awal sekolah rendah.

Jadinya ibu-ibu jangan mula pening kepala bila mana anak pulang ke rumah dengan kasut yang kotor, hitam dan berlumpur walaupun sekolah baru di buka beberapa hari. Pelik tapi inilah realiti.

Bagi mengelakkan masalah itu, ibu-ibu harus lebih bersedia dengan petua dan ilmu untuk memantapkan diri. Lebih-lebih lagi bila anak pulang dengan pakaian dan kasut kotor.

Kasut kotor dan berlumpur? Ibu-ibu wajar mengikuti cara Rushima Yunus, yang berkongsi petuanya di facebook. Dia yang hanya menggunakan pencuci pinggan mangkuk sebagai alat pencuci terkejut dengan hasilnya. Jom ikut caranya.cara cuci kasut sekolah, kasut sekolah kotor, kasut sekolah berlumpur, kasut bersih, tip cuci kasut sekolah, bersihkan kasut sekolah

Caranya:
1. Rendam kasut putih dengan air yang panas terlebih dahulu.

2. Biarkan direndam sekejap.

3. Masukkan pencuci pinggan mangkuk. Kocak dan biarkan ia berbuih.

4. Biarkan direndam semalaman.

5. Hasilnya kasut kembali putih dan tak perlu disental dengan ekstrem.

Hanya dalam masa lima minit, memberus secara konsisten, kotoran terus sahaja hilang!

Semoga panduan ini dapat menyelesaikan masalah untuk memastikan kasut sekolah anak-anak bersih dan nampak cantik tatkala digayakan ke sekolah.

Jenis fabrik kasut turut memainkan peranan untuk mengembalikan keputihan kasut tetapi tidak salah jika berkongsi panduan yang boleh mendatangkan manfaat bersama.

Selamat mencuba!

BACA JUGA: 9 Langkah Tingkatkan Imuniti Anak Yang Mudah Sakit

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × two =