Kalau Nak Panjangkan Bulu Mata, Cuba 6 Cara Ini. Mesti Lentik!

Kalau Nak Panjangkan Bulu Mata, Cuba 6 Cara Ini. Mesti Lentik! | Tak semua orang bertuah dikurniakan bulu mata lebat dan panjang semula jadi. Tapi tak bermakna mereka yang punya bulu mata yang pendek tidak boleh berbuat apa-apa untuk mendapatkan bulu mata yang panjang.

Kata orang bulu mata tu pelengkap gaya. Untuk dapatkan bulu mata yang cantik dan melentik biasanya kita akan gunakan mascara. Tapi kalau setakat mascara je tak cukup. Korang perlu buat beberapa lagi step untuk dapatkan bulu mata melentik sepanjang hari!

Memang ada cara mudah dengan membuat sambungan bulu mata palsu tetapi kadang kala ada risiko merosakkan kulit mata jika tidak mahir memakainya.

Yang serius nak memiliki bulu mata yang panjang dan cantik cuma perlu usaha lebih sikit dengan ‘apply’ banyak tips, teknik dan guna produk yang sesuai untuk mendapatkannya.

Di sini kami ingin bongkar rahsia dan kongsikan caranya.

7 CARA PANJANGKAN BULU MATA DENGAN MUDAH DAN BERKESAN

Antara yang boleh diamalkan untuk panjangkan bulu mata adalah:

1. SIKAT DENGAN KERAP

Biar betul! Ada ke sikat untuk bulu mata? Ya, ada. Sikat bulu mata dengan kerap dan anda akan lihat hasilnya.petua panjangkan bulu mata, panjangkan bulu mata, bulu mata lentik, bulu mata panjang, petua bulu mata lentik

2. SAPU VASELINE SETIAP MALAM

Produk ‘petroleum jelly’ seperti vaseline boleh digunakan untuk membantu pertumbuhan bulu mata. Ambil sedikit Vaseline mengguna cotton bud atau berus maskara. Kemudian sapu pada bulu mata sebelum tidur.

3. GUNA MINYAK SEMULA JADI

Minyak zaitun, minyak kelapa, minyak jojoba dan minyak castor mengandungi mineral, vitamin dan agen pemanjang. Ia bukan sahaja membantu memanjangkan bulu mata malah melembapkannya.petua panjangkan bulu mata, panjangkan bulu mata, bulu mata lentik, bulu mata panjang, petua bulu mata lentik

4. SAPU VITAMIN E

Vitamin E membantu pertumbuhan dan memanjangkan bulu mata. Sapu losyen yang mengandungi vitamin E pada bulu mata untuk memanjangkannya.

5. MAKAN BIOTIN

Ambil vitamin B Kompleks dipanggil Biotin. Ia juga terdapat dlam makanan seperti avocado, keju, kobis bunga, almond, sayuran hijau, serta kacang.

Ia berkesan bukan saja untuk panjangkan bulu mata, tetapi boleh juga memanjangkan serta menyihatkan rambut.

BACA JUGA: Untuk Si Rabun, Ikuti Tiga Cara Semula Jadi Elakkan Power Cermin Mata Bertambah

6. TEKAP DENGAN TEH HIJAU

Jika kurang selesa dengan minyak, boleh juga guna teh hijau untuk panjangkan bulu mata. Basahkan cotton swab dalam teh hijau dan tekap pada bulu mata. Bilas dengan air bersih sebaik saja anda bangun tidur.

7. GUNA PRODUK ‘LASH ACCELERATOR’

Ada produk maskara yang dilengkapi dengan ‘Lash Accelarator’ seperti Rimmel London. Hanya sapukan pada bulu mata dan…. ta-da! Bulu mata pasti nampak panjang dan tebal.

AMALKAN DAN TENGOK HASILNYA SENDIRI

Dengan mengamalkan teknik yang betul untuk panjangkan bulu mata, anda mungkin boleh nampak kesannya dalam masa yang singkat. Selepas 3 bulan, kesannya juga bertambah ketara. Tak perlu lagi maskara.

Ia bukan sahaja memberi penampilan yang menarik malah menjadikan seseorang itu tampil lebih muda, lebih segar dan lebih vibrant.

Cubalah!

BACA JUGA: 10 Keadaan Mata Yang Menunjukkan Masalah Kesihatan Kita

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 − 1 =