Kaki Melecet Sampai Menggelembung? Jangan Pecahkan Ini Sebabnya

Kaki Melecet Sampai Menggelembung? Jangan Pecahkan Ini Sebabnya | Adat membeli kasut baharu, ada sahaja kes seperti melecet dan atau dikenali ‘digigit kasut’. Benar, kan? Tambah teruk jika anda banyak berjalan jauh dan juga berlari. Bukan sekadar melecet biasa, malah boleh menyebabkan kulit mengelembung dan berair.

Kaki melecet berair ini merupakan keadaan iaitu bila adanya gelembung mengandungi cecair dalam lapisan kulit luar. Ini selalunya terjadi disebabkan geseran dari kasut yang masih keras dan baru. Persoalannya, haruskah ia dipecahkan atau dibiarkan sahaja? Mana satu jalan terbaik? Ini jawapannya.

Kebanyakan melecet yang berair ini tidak memerlukan perhatian yang terlalu khusus dan ia akan hilang dalam masa beberapa hari.

kaki melecet

Ini Yang Anda Perlu Buat Bila Kaki Melecet

“Jika muncul lecet berair ini, saranan terbaik daripada saya ialah merendam kaki dan sesekali tidak memecahkan gelembung tersebut.

“Ini kerana memecahkannya boleh menyebabkan jangkitan kuman,” ujar Dr Suzanne Levine, pakar penyakit kaki dari New York, petik portal Health Detik.

Oleh itu, jika anda mengalami masalah yang sama, rendamkan kaki dalam larutan garam kemudian keringkan dengan tuala lembut.

Namun, jika gelembung air pecah sendiri, bekas gelembung harus dibersihkan dengan sabun dan air. Kemudian lap bersih dan biarkan ia kering. Sapukan juga dengan antibiotik namun pastikan mendapat saranan doktor terlebih dahulu.

BACA JUGA :: Kaki Terasa Kebas Atau Sengal. Nak Urut Kaki Sendiri, Ni 8 Tekniknya. Confirm Rasa Lega!

You might also like
1 Comment
  1. […] kan bila beli kasut baru kaki mesti melecet, rasa pedih dibahagian jari kaki, belakang tumit dan bahagian tepi ibu jari kaki. Lebih-lebih lagi […]

Leave A Reply
Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.