Home All Petua Kesihatan Diri Guna 2 Bahan Cipta Ramuan Ni, Kaki Bengkak Akibat Kencing Manis Susut...

Guna 2 Bahan Cipta Ramuan Ni, Kaki Bengkak Akibat Kencing Manis Susut Dan Tak Perlu Dibedah

2567
0
Guna 2 Bahan Cipta Ramuan Ni, Kaki Bengkak Akibat Kencing Manis Susut Dan Tak Perlu Dibedah 1

Penderita diabetes tentu akan merasa sangat gusar dengan keadaan kesihatannya terutama sekali kaki bengkak yang ketika ini sedang dipertaruhkan. Kadar gula darah tinggi dalam tubuh membuat mereka berterusan rasa gusar apabila tubuh mereka sudah tidak lagi kuat menahan keadaan ini.

Apatah lagi, kesan dari penyakit diabetes yang diderita oleh seseorang seringkali menimbulkan komplikasi yang cukup merisaukan. Salah satunya adalah keadaan kaki bengkak.

Adanya pembengkakan ini tentu akan membuat seseorang menjadi sukar menjalankan aktiviti dan kegiatan lain seperti biasanya. Berjalan sukar, berdiri akan terasa sakit dan bahkan anda mungkin akan berterusan melindungi bahagian kaki anda ketika melihat anak kecil bergerak kesana kemari agar tidak melanggar bahagian kaki anda.

Jadi adakah cara untuk mengatasi keadaan yang mengusarkan ini? Kerana terlalu lama dalam keadaan kaki bengkak rasanya akan menjadi beban yang besar untuk hidup anda.

Umumnya, mengatasi kaki yang bengkak pada penderita diabetes akan bergantung pada penyebabnya itu sendiri. Dalam ilmu perubatan, kaki yang bengkak pada umumnya disebabkan oleh edema atau adanya penggumpulan cairan didalam tubuh, tepatnya pada bahagian kaki.

Retensi cairan ini boleh diatasi apabila penyebab yang menjadi punca utama telah dirawati. Aktiviti fizikal yang dilakukan secara teratur dan mencegah dari berdiri lama akan dapat membantu mengurangi retensi cairan ini. Sementara itu, untuk anda yang mengalami masalah berat badan berlebihan maka diet ketat akan dapat mengurangi retensi cairan tersebut.

Bagi mereka yang ingin mencuba petua tradisional bagi merawat kaki bengkak disebabkan diabetes disini kami kongsikan pengalaman dari pengguna petua ini.

RAWATAN KAKI BENGKAK DI SEBABKAN DIABETES

Kepada pesakit Diabetis. Pada hari raya kedua saya beraya di rumah pak cik saya yang temankan saya menunaikan haji dalam tahun 1992. Dia baru balik dari keluar Tabligh.

Dalam pertemuan singkat itu, sempat lah mendengar “ceramah” beliau tentang penyakit. Menurut beliau, walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun dari segi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan betul seperti janji Allah, ” Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian”.

Beliau memaklumkan, untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal.

petua susutkan bengkak kaki, petua susutkan bengkak kerana kencing manis, kaki bengkak kerana kencing manis, rawatan bengkak kaki
Gambar Hiasan

Caranya adalah dengan mengambil sebiji buah tomato yang cukup masak (merah). potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air (air jangan banyak sangat, sebab kalau tomato besar akan menjadi banyak sangat dan sukar untuk dihabiskan).

Juga perlu diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan susah untuk meminumnya. Buat 3 hari berturut-turut, kemudian dos boleh dikurangkan.

Perkara ini telah dicuba kepada ibu saudara saya ketika admit di hospital putrajaya, kaki beliau yang bengkak susut dan tidak perlu dibedah..semuga anda semua mendapat manafaat dari perkongsian ini. Semuga cepat sembuh Inshaa Allah… Amin…

Sila kongsikan petua ini kepada ahli keluarga atau kenalan anda yang memerlukan.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here