Rupanya Begini Cara Nak Buat Kacang Bendi Tumbuh Subur, Sesuai Sekali Untuk Tanam Di Kawasan Rumah.

Bendi (hibiscus esculatus), adalah sejenis sayuran yang berasal dari Afrika dan sesuai ditanam dikawasan yang beriklim tropika. Jika anda suka makan sayur-sayuran, bendi adalah antara yang mudah ditanam.

Sekiranya anda mempunyai kawasan tanah lapang di belakang rumah, amatlah disyorkan untuk menanam bendi.

Jom semak perkongsian ini yang memberi tip untuk membantu bendi berbuah dengan banyak. Moga memberi manfaat kepada yang suka berkebun

10 Tip Nak Bagi Kacang Bendi Buah Banyak

bendi[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

  1. Tanam dengan jarak yang sesuai. Saya tanam jarak 6′ × 3′.
  2. 1 point tanam 1 pokok.
  3. Tanam anak yang disemai supaya tumbuh sekata dan seragam.
  4. Pastikan air, baja dan cahaya cukup.
  5. Pastikan pokok tumbuh tegak. Buat sokongan supaya pokok tak tumbang.
  6. Simpan tunas sisi dan ia akan besar jadi cabang sisi. Akan ada 3 – 5 cabang sisi bergantung pada varieti. 1 cabang sisi akan ada buah paling kurang 5 biji.
  7. Batang utama akan ada buah pada setiap tangkai daun. Paling kurang dapat 15 biji. Jaga pokok dan buah akan lebih banyak lagi bila pokok tahan lama.
  8. Sembur dengan foliar pada daun muda dan pucuk setiap minggu. Saya guna baja AB dengan kepekatan 2.0 mS. Sembur pada awal pagi.
  9. Buang daun yang tak berfungsi secara berkala.
  10. Terus buat kawalan bila ada tanda serangan penyakit dan perosak.

Kongsikan juga tip ini pada yang lain ye SEBAB mungkin ia sangat berguna buat mereka.

Sumber: ‎Azuan Abdullah‎ via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

Jika anda suka dengan artikel cara tanam bendi ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

14 − 13 =