Khasiat Jus Terung Belanda Bukan Sahaja Menurunkan Berat Badan, Ini 6 Manfaatnya Yang Lain

Jus Terung Belanda Bukan Sahaja Menurunkan Berat Badan, Ini 6 Khasiatnya Yang Lain | Sekiranya anda bercuti ke bandar-bandar besar di Indonesia, jangan lepaskan peluang menikmati jus terung Belanda.

Terung Belanda atau tamarillo, hidup subur di New Zealand, Australia, Hong Kong, China, India dan Amerika Syarikat. Jika di Malaysia, terung Belanda ini banyak terdapat di Sabah.

Terung Belanda atau nama saintifiknya cypomandra, kian popular. Buah ini juga dikenali dengan nama terung kori dan secara meluas di Bogor pada tahun 1941 yang dibawa masuk oleh penjajah Belanda.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Pokok ini tumbuh subur di kawasan pergunungan yang mengalami cuaca agak sejuk. Pengambilan jus terung Belanda ini, sangat baik untuk kesihatan.

Untuk dijadikan jus terung belanda, buah ini dicampurkan dengan susu pekat ataupun susu cair dan sedikit gula.

Ia boleh menurunkan kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi dan menyembuhkan ulser.

Buahnya yang berwarna ungu kemerahan juga kaya dengan vitamin A dan C, serta kaya dengan antioksidan dan seratnya boleh mencegah barah serta sembelit. Selain dibuat jus terung belanda, buah ini juga boleh dimakan mentah serta dicampurkan dalam masakan.

Pokok terung Belanda ditanam menggunakan biji benih sama seperti pokok terung biasa. Dalam tempoh dua tahun pokoknya akan menghasilkan buah dan jangka hayatnya hanya mencapai enam tahun.

Kulitnya memiliki rasa yang pahit. Salah satu manfaat utama terung belanda adalah untuk menurunkan berat badan.

Khasiat Jus Terung Belanda Bukan Sahaja Menurunkan Berat Badan, Ini 6 Manfaatnya Yang Lain

Berikut ini adalah beberapa manfaat jus terung belanda untuk tubuh:

1. Membantu menurunkan berat badan
Kerana memiliki kandungan kalori yang sangat rendah dan tinggi serat, terung belanda bermanfaat untuk menurunkan berat badan. Keperluan tubuh terhadap gula boleh didapati dengan mengambil buah ini. Kadar air yang tinggi dalam terung belanda akan membuat anda merasa kenyang sehingga mengurangkan keinginan untuk mengunyah. Mengambilnya dalam bentuk jus atau makan begitu sahaja memberikan khasiat masamnya mengurangi sel-sel lemak dalam tubuh anda.

2. Mengubati diabetes
Serat bermanfaat dalam mengawal kadar gula dalam darah. Terung belanda mempertahankan kadar gula dalam aliran darah. Indeks glikemik rendah dari buah ini tidak meningkatkan kadar gula dalam darah anda dan bermanfaat untuk diabetes type 2. Antioksidan dalam buah membantu mengurangkan stres oksidatif di hati dan pankreas. Selanjutnya, asam klorogenik membantu dalam mempromosikan sensitiviti insulin dan mengurangkan potensi terkena diabetes.

3. Melawan kanser
Sifat antioksidan yang dimiliki oleh terung belanda membantu dalam memerangi sel-sel radikal bebas yang menyebabkan kanser. Antosianin dalam terung belanda adalah antioksidan yang sangat kuat yang akan melindungi tubuh dari kerosakan yang disebabkan oleh stres oksidatif.

Kesan antioksidan dalam memerangi sel kanser telah dibuktikan dalam berbagai penelitian ilmiah. Terung belanda mengandung flavonoid, polifenol, senyawa klorogenik dan lainnya yang dapat mencegah timbulnya kanser terutama payudara dan usus besar.

4. Meningkatkan metabolisme
Makanan yang diperkaya dengan vitamin dan mineral sangat bermanfaat untuk meningkatkan fungsi tubuh. Tubuh sihat yang berfungsi dengan baik adalah hasil dari aktiviti metabolisme yang baik dalam tubuh.

Vitamin B6 yang ada dalam terung belanda membantu dalam menghasilkan tenaga. Ini berfungsi untuk mengubah kalori menjadi tenaga yang bermanfaat sehingga menyekat penambahan berat badan yang berlebihan. Vitamin ini juga membantu terhadap peningkatan metabolisme hemoglobin yang ada di tubuh sehingga memudahkan perjalanan darah.

5. Meningkatkan penglihatan
Sebagai pembangkit tenaga karotenoid dan vitamin A, jus terung belanda ini membantu meningkatkan penglihatan. Terung belanda bermanfaat bagi kesihatan mata kerana nutrisinya membantu melindungi mata dari kerosakan dalam dan luaran mata.

Mengambil terung belanda secara teratur dapat membantu mengurangkan masalah penglihatan disebabkan faktor usia seperti degenerasi makula dan katarak. Beta-karoten dalam terung belanda juga dikaitkan dengan peningkatan kesihatan mata.

6. Meningkatkan fungsi kognitif
Kehadiran antikolinesterase dalam terung belanda memainkan peran utama dalam meningkatkan fungsi otak. Ini membantu dalam pengaturan (pemecahan) asetilkolin, zat kimia yang bertindak sebagai pembawa pesan ke otak. Dikemas dengan banyak phytochemical, terung belanda bermanfaat melindungi sel-sel otak sehingga meningkatkan fungsi saraf yang sihat.

Buah ini pun dapat digunakan untuk pengubatan gangguan kognitif atau neurologis seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson. Sifat antioksidan dari buah ini juga bermanfaat dalam meningkatkan kesihatan otak.

7. Mencegah anemia
Terong belanda kaya akan zat besi yang bermanfaat untuk mengubati anemia. Mineral yang terkandung di dalamnya membantu untuk mengatur dan mempromosikan produksi sel darah merah. Terung belanda juga membantu dalam melawan tanda-tanda seperti keletihan, sakit badan dan mual.

Jika anda suka dengan artikel khasiat jus terung belanda ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 × one =