Jika Tak Nak Cat Rosak, Berhenti Buat 5 Benda Ni Pada Kereta Anda

Jika Tak Nak Cat Rosak, Berhenti Buat 5 Benda Ni Pada Kereta Anda | Kereta kotor memang lah kena basuh. Tapi ada je orang yang kereta dah terlalu kotor sampai dah boleh conteng guna jari dah kereta tu tapi tak juga pergi basuh.

Ada yang rajin pula tiap-tiap minggu memang kerja nya basuh kereta je, nak pula kalau kereta masih baru lagi nampak habuk sikit pun dah lap cepat-cepat.

Basuh kereta nampak senang guna sabun guna air. Tapi ada beberapa perkara yang perlu dielakkan semasa basuh kereta elak cat rosak.

cat rosak

[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

BACA: Kereta Mewah Tersadai, Ini Kisah Disebalik Misteri Rumah Besar Terbiar Di Kelantan

1. Jangan sampai dah nampak kotoran tebal baru nak basuh

Kalau kita biarkan kereta terlalu lama tak basuh kotoran tersebut akan menyebabkan ia melekat lama pada kereta. Tengok kereta berwarna putih, lama-lama akan jadi warna krim ini lah tanda cat rosak.

2. Basuh ketika cuaca panas

Suhu yang panas menyukarkan lagi kereta untuk dibasuh dan menyebabkan kerosakan pada cat kereta. Basuh bila cuaca dah redup, atau di kawasan yang redup. Apabila kita basuh kereta pada musim panas kadang kala bahan kimia yang digunakan tidak dibersihkan betul-betul ini menyebabkan tindak balas pada permukaan kereta apabila terkena bahang panas jadi lama-kelamaan cat rosak.

3. Gunakan alatan yang sesuai

Guna sabun khas, span yang besar dan segala alatan khas untuk basuh kereta. Pastikan guna air yang banyak. Sekiranya guna air sikit dan dari baldi, air kotoran akan melekat dan kering pada kereta seterusnya buatkan cat kereta rosak.

BACA: Kalau Tingkap Kereta Rosak Tak Boleh Turun Naik, 3 Perkara Ni Kena Periksa

4. Basuh ikut bahagian kereta

Basuh dari satu bahagian ke satu bahagian. Basuh, bilas dan keringkan. Paling sesuai untuk basuh dalam keadaan lurus bukannya dalam keadaan bulatan.

5. Wax dua kali setahun

Sebenarnya wax kereta akan menjadikan cat kereta lebih kekal lama bukannya merosakkan lagi cat kereta. Tetapi kalau kita kerap wax kereta, ianya boleh jadi punca cat rosak.

Bagi mereka yang tahu berapa kos untuk membuat semburan cat baru pada kereta yang telah kusam, anda mesti kalau boleh nak mengelakkan dari kereta anda kelihatan kusam terlalu awal. Ini pelbagai punca lain yang anda perlu fahami:

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nine − 3 =