Apa Perlu Buat Jika Dikejar Anjing? ini Cara-Cara Untuk Selamatkan Diri

Di Malaysia memang ada banyak anjing dan baru-baru ini banyak kes kanak-kanak dikejar anjing. Ada juga kes anjing mengejar orang ramai yang sedang memandu ata berjalan kaki terutama anjing liar yang berkeliaran. Apa yang patut kita lakukan kalau dikejar anjing? Ini antara tip-tip penting. Jom baca:

Jika anda dikejar anjing

  1. Bergerak secara perlahan, iaitu dengan memperlahankan cara anda berjalan.
  2. Ini kerana, deria pemangsa yang ada pada anjing, akan terangsang dengan satu tindak balas, atau pergerakan yang pantas/laju.
  3. Jadi dengan bergerak secara perlahan, ia menunjukkan bahawa anda kurang menarik di mata anjing tersebut dan mengurangkan potensi anda dikejar anjing.

Jangan tenung mata

  1. Berpusing, dan berjalan dalam arah berlawanan di mana anjing berada, tetapi cuba untuk curi-curi lihat anjing tersebut secara tidak terlalu ketara.
  2. Jangan sesekali merenung ke dalam mata anjing.
  3. Ini kerana, dengan berbuat demikian, ia menandakan anda adalah ancaman buat mereka.
  4. Boleh kekalkan pandangan anda kepada anjing tesebut, tetapi elakkan dari pandang terus ke matanya.

Buat Tidak Tahu

  1. Jika anda didekati anjing, cuba untuk berhenti, dan berdiri seketika.
  2. Lebih lama anda buat tidak endah, senyap sahaja, semakin kurang anjing itu berminat terhadap anda.

dikejar anjing

Jangan Cuba Mendekati

  1. Percubaan ini akan merangsang tidak balas mangsa.
  2. Sebolehnya jangan menunjukkan anda berniat untuk melawan, kerana ia boleh membuatkan anjing tersebut cuba melawan juga dan pastikan anda akan dikejar anjing.
  3. Lebih baik, kekal tenang, dan gunakan posisi badan yang tegak untuk menyatakan anda berkuasa.

Suara Lembut

  1. Gunakan suara dalaman, untuk menyampaikan suasana yang tenang, dan elakkan sama sekali gunakan suara nyaring, atau jeritan.
  2. Ini juga akan menyebabkan naluri untuk melawan bagi anjing tersebut akan terangsang.

Sembur Air

  1. Ini boleh digunakan jika anjing tersebut betul-betul agresif, cuba semburkan sedikit air pada mereka.
  2. Anda juga boleh menggunakan ‘cokmar’, mungkin seperti agak keterlaluan, tetapi ia tidak menyakitkan anjing tersebut, hanya untuk mengajar untuk tidak terlalu agresif.
  3. Jika anjing tersebut masih mengejar, atau mengekori anda semasa sedang berlari, cari laluan lain, dan buat laporan kepada agensi yang berkaitan.

Jika Diserang

  1. Jatuhkan badan anda pada permukaan tanah. Menurut pakar, jika anjing menyerang anda, cuba untuk tutup kepala anda, dan buat kedudukan seperti ‘bola’.
  2. Pastikan anjing tersebut tidak dapat akses terhadap kawasan tisu lembut seperti kerongkong, muka, dan perut anda.
  3. Seterusnya, mula menjerit sekuat hati, pastikan jeritan anda akan merangsang orang untuk terus bertindak, seperti, “Tolong..tolong..” atau “Kebakaran”.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Jangan pula lepas ini cuba cari anjing nak try tis di atas. Ini kalau emergency sahaja sentiasa pastikan keselamatan anda di utamakan.
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

BACA JUGA :: Untuk Pastikan Kediaman Bebas Dari Kehadiran Ular Berbisa, Ikuti 6 Langkah Keselamatan Ini

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

9 + twenty =