Home All Petua Anak Jika Anak Menangis & Mengamuk, Jangan Tengking Suruh Diam. Guna Penawar Al-Fatihah,...

Jika Anak Menangis & Mengamuk, Jangan Tengking Suruh Diam. Guna Penawar Al-Fatihah, Tiup Di Ubun.

3166
0
Jika Anak Menangis & Mengamuk, Jangan Tengking Suruh Diam. Guna Penawar Al-Fatihah, Tiup Di Ubun.

Bila anak menangis, mengamuk ibu ayah jangan sekali mengamuk pukul anak. Kena banyak bertenang, tarik nafas dan cuba kawal perasaan tu. Anak-anak kecil ini dia tak akan faham dan hanya tahu untuk meluahkan perasaannya saja.

Selalu juga orang kata, cakap memang mudah tapi yang laluinya saja akan faham bila anak dalam situasi tersebut.

Ada cara ibu bapa boleh lakukan seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Nazirah Abd Rahim. Caranya adalah melalui teknik amalan terapi al-Quran dengan surah Al-Fatihah kerana ia dianggap surah penawar segala penyakit dan ujian.

BACA: Anak Kerap Menangis & Kembung Perut? Ustaz Mujahidin Al Banjari Ajarkan Cara Ikhtiar Ni

Dalam tempoh PKP, inilah masa untuk kita mantapkan “nilai solehah” dalam diri amalan mendidik dengan akhlak al-Quran dan akhlak Rasulullah.

anak menangis

Kemuliaan didikan terapi Al-Quran. Tak ada emosi marah bagi kita terutama ibu bapa yang mengadap anak sedang mengamuk dan menangis.

Ada masa anak menangis boleh dipeluk…ada masa boleh dipujuk. Ada masa tak boleh nak peluk dan pujuk…dia akan menangis saja..

Caranya Ustazah kongsikan;

1. Baca sahaja Al-Fatihah kuat didengari oleh diri dan anak adalah lebih baik kesannya.

2. Baca Al-Fatihah dengan tenang. Baca dengan tenang sambil melihat wajah anak menangis dengan kasih sayang. Jika dalam emosi marah, geram teruskan baca dengan tenang. Fungsi awal adalah lebih pada tenangkan diri ibu. Subhanallah

Sampai ibu rasa diri ibu dah tenang…dan boleh senyum dengan anak anak. Barulah ibu “sedia” memujuk anak menangis dan mendidik anak dengan meminta #pertolonganallah. Inilah rahmat besar amalkan didikan kaedah #terapialquran. Kita meminta #pertolonganallah. Subhanallah

3. Niatkan Allah tenangkan anak kita (khawlah)…agar Allah jadikan dia anak taat … Baca terus dengan tenang. Sambil tiup anak. Kesan tenang ini akan makin kelihatan pada nada tangisan anak. Gerak tubuh anak dan emosi ibu.

BACA: Betul Ke Anak Ke 2 Banyak Konflik Dan Sukar Difahami?

4. Bila anak dah tenang, segera panggil anak “peluk dan cium” peluk dan cium dengan terapi al-Quran. Kita dapat pahala amal soleh. Jika tak dapat kebaikan dunia peluk dan cium sahaja. Bezakan jadi ibu akhirat dan ibu dunia.

5. Tiup di ubun-ubun anak. Dan anak terus tenang. Ibu pun tenang. Subhanallah. Rumah kita makin bercahaya rahmat al-Quran.

Selamat beramal. Moga Allah berikan kita semua kekuatan menjadi ibu bapa yang sabar dan pahala berpanjangan.

Sumber: Ustazah Nazirah Abd Rahim

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here