Home Resipi Cara Buat Jeruk Limau Kasturi Asam Boi Homemade Guna 3 Bahan

Cara Buat Jeruk Limau Kasturi Asam Boi Homemade Guna 3 Bahan

8138
1
Jeruk Limau Kasturi Asam Boi

Bagi anda yang suka minum minuman sejuk berperisa, boleh cuba buat Jeruk Limau Kasturi Asam Boi ni. Jika minum di kedai, mesti ada yang terlebih manis atau terlebih masam,. Buat sendiri boleh ‘adjust’ rasa. Malah puas minum!

Kulit limau tu pun boleh dimakan dan tak pahit. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sue Bertley. Lepas ni tak perlu beli kordial berwarna dari kedai lagi.

RESIPI JERUK LIMAU KASTURI ASAM BOI

Jeruk Limau Kasturi 

BAHAN-BAHAN:

  • Limau Kasturi
  • Asam boi putih
  • Candy brown sugar- boleh beli di pasaraya

Jeruk Limau Kasturi 

CARA MEMASAK JERUK LIMAU KASTURI ASAM BOI:

1. Cuci bersih limau kasturi.Jeruk Limau Kasturi 

2. Rebus air hingga mendidih. Pastikan kuantiti air dapat menenggelamkan Masukkan limau ke dalam periuk dan biar mendidih 8-9 minit. Kacau sekali sekala supaya masak sekata. Kemudian toskan. Biar kering, tiada air di kulit luar limau. Nak lagi mudah, ambil tisu dan golek limau sambil keringkan dengan kipas.

Jeruk Limau Kasturi 

3. Bila kulit limau sudah kering,ambil pisau tajam dan potong limau seperti dalam gambar. Jangan sampai putus.

Jeruk Limau Kasturi 

4. Ambil penapis dan mangkuk kemudian picitl limau sampai habis jus. Buang semua biji yang ada.

Jeruk Limau Kasturi 5. Hasil jus limau yang diperah tadi.

Jeruk Limau Kasturi 

6. Kemudian, ambil asamboi dan sumbat masuk dalam limau. Lebih mudah jika beli limau kasturi bersaiz besar.

Jeruk Limau Kasturi 
7. Hasil limau kasturi yang telah disumbat dengan asam boi.

Jeruk Limau Kasturi 

8. Seterusnya, tumbuk Candy Brown Sugar sampai hancur.

Jeruk Limau Kasturi 

9. Ambil balang kaca dan letak limau asam boi di bahagian dasarnya. Kemudian masukkan candy brown sugar yang sudah ditumbuk tadi. Lakukan secara berselang seli.

10. Setelah siap dilapis, beginilah rupanya nanti. Lapisan paling atas tu haruslah gula.

11. Akhir sekali, tuang jus limau kasturi yang telah diperah tadi.

12. Tutup balang kaca tdan simpan di tempat redup dan kering. Perap selama 3 bulan supaya limau dan asam boi menjadi lembut dan manis. Dalam 2-3 hari sekali, goncangkan balang agar jus terkena pada limau yang dibahagian atas.

13. Setelah cukup tempoh pemeraman, limau dan asam boi akan menjadi lembut macam ni. Untuk menikmati jus Jeruk Limau Kasturi asam boi, ambil limau dan tambahkan air sejuk. Ubah suai rasa ikut selera.

Jeruk Limau Kasturi 

Kredit resipi & foto: Sue Bertley

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here