Kiub Ais Aloe Vera Bantu Kecutkan Jerawat Lebih Cepat , Kongsikan Tip Ni

Kiub lidah buaya atau Aloe Vera mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Contoh biasa buat, cuma perlu sapu di bahagian kulit yang berparut dengan lendir lidah buaya dan biarkan ia kering. Kemudian bilas dengan air bersih.

Hasilnya kulit akan menjadi lembut, lembap dan cerah. Tambah pula lendir lidah buaya juga dapat membantu mengecutkan jerawat.

Tetapi kali ini nak kongsi petua mudahkan anda guna khasiat lidah buaya ini dengan buat sendiri menjadi ketulan ais, perkongsian oleh TheSisters Cookingproject buat anda yang ada masalah kulit…

Nak share pasal pokok aloe vera, ramai yang tahu kan pokok ni banyak khasiat untuk kulit. Tapi kadang-kadang malas nak buat hari-hari. Jadi korang boleh frozenkan.

Cara Guna Aloe Vera Untuk Kecutkan Jerawat:

Oleskan kat muka 3 kali seminggu. Insyaallah boleh memelihara dan memperbaiki kulit. .

Potong pelepah aloe vera yang besar dan banyak isi.

kulit cantik dengan aloevera, khasiat aloe vera, kelebihan aloe vera, cantikkan kulit dengan aloe vera, petua aloe vera

1. Buang duri kiri kanan tu dan kulit bahgian bawah (yang melengkung ke dalam)
2. Ambil sudu dan kaut isinya masuk dalam mangkuk.

kulit cantik dengan aloevera, khasiat aloe vera, kelebihan aloe vera, cantikkan kulit dengan aloe vera, petua aloe vera

Ini isi alovera yang dah keluarkan, masukkan ke dalam blender dan blend sehingga hancur. Tak perlu tambah air ya. Memang dah ada lendir alovera tu so senang je nak blend.

kulit cantik dengan aloevera, khasiat aloe vera, kelebihan aloe vera, cantikkan kulit dengan aloe vera, petua aloe vera

Lepas blend memang berbuih tau. Masukkan je dalam acuan air batu yang kecil-kecil macam ni. Saya ambil 6 pelepah dapat la penuhkan dua bekas ni.

kulit cantik dengan aloevera, khasiat aloe vera, kelebihan aloe vera, cantikkan kulit dengan aloe vera, petua aloe vera

Lepas tu bekukan, jadilah macam dalam gambar. Bila nak guna keluarkan aje, oles kat muka sampai ais dia cair. Tak kisah korang nak guna berapa kiub pun. Biarkan kering kat muka, dia akan jadi macam mask gitu. Lepas tu basuh, ploles la kulit korang kalau rajin amalkan. Yang best sekali jerawat tu jangan gatal tangan nak picit, kecutkan je dengan kiub ais aloe vera ni.

Selamat mencuba.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 + 7 =