Doktor Ini Senaraikan 12 Jenis Ubat Kena Bawa Masa Travel!

Tiket, passport, baju sejuk, makanan segera, mainan anak-anak sudah pun disediakan dan kini anda bersedia untuk bercuti di negara orang bagi menikmati keindahan alam.

Namun ada satu benda yang anda tertinggal. Ya! Ia sangat penting kerana membabitkan antara hidup dan mati, antara senang dan susahnya bergelut di tempat asing. Keperluan itu adalah ubat-ubatan – yang jatuh WAJIB ketika melancong apatah lagi jika membawa keluarga bersama.

Maklumlah, malang tidak berbau. Tiada siapa yang meminta batuk, demam dan apa sahaja kesulitan tetapi dengan adanya persediaan, keadaan akan lebih terkawal.

Ikuti perkongsian Dr.Sufi Norhany berkenaan jenis ubat-ubatan yang boleh dibawa ketika bercuti. Sufi yang kini berada di Sapporo, Hokkaido, Jepun turut menyenaraikan pro dan kontra jika anda mengabaikannya.

1) Ubat demam
Ubat demam ini boleh juga berfungsi sebagai pain killer.

ubat semasa bercuti, ubat semasa travel, bercuti dengan keluarga, bercuti dengan anak, keperluan ubat semasa bercuti, jenis ubat semasa bercuti

2) Ubat batuk
Ada dua jenis iaitu untuk batuk yang kering dan untuk batuk berkahak. Bawa kedua-duanya. Sementara itu, bagi pesakit asthma atau batuk berkahak, tidak digalakkan mengambil ubat batuk kering. Ia menyukarkan proses mengeluarkan kahak.

3) Ubat antihistamine
Sesuai untuk mereka yang mudah selsema atau mempunyai alahan. Biasanya antara musim bunga memasuki musim luruh, banyak debunga berterbangan. Jika sebelum ini, tidak pernah alah, tidak bermakna akan kebal. Ini kerana banyak debunga yang tak wujud di negara kita, jadi mungkin ada yang akan terus terkena alahan bila terkenanya.

4) Ubat mabuk naik kenderaan

5) Ubat untuk kurangkan kembung perut
Paling mudah bawa Gripe Water.

6) Ubat untuk keracunan makanan
Bawa charcoal sebagai persediaan.ubat semasa bercuti, ubat semasa travel, bercuti dengan keluarga, bercuti dengan anak, keperluan ubat semasa bercuti, jenis ubat semasa bercuti

7. Probiotik
Untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik seperti minuman berkultur.

8. Oral rehydration salt
Sesuai untuk gejala cirit-birit. Tidak digalakkan membawa ubat tahan cirit birit atau ubat tahan muntah kerana fungsi kedua-duanya mahu mengeluarkan kuman dari badan. Yang penting pastikan anda sentiasa ambi cecair yang mencukupi supaya badan tidak dehidrasi.

9. Termometer
Penting untuk mengawal suhu badan, terutamanya yang membawa anak kecil.

10. Cool Fever
Untuk ditampal di dahi bagi melegakan ketika demam atau sakit kepala.

11. Lozenges untuk sakit tekak
Sangat diperlukan terutamanya ketika memasuki musim sejuk kemudian musim luruh dan akhir sekali musim bunga.

12. Set ‘first aid kit’
Mengandungi barangan asas seperti ubat luka, pembalut dan lain-lain.ubat semasa bercuti, ubat semasa travel, bercuti dengan keluarga, bercuti dengan anak, keperluan ubat semasa bercuti, jenis ubat semasa bercuti

Tiba-tiba terasa berat pula beg untuk melancong! Sebenarnya tidaklah berat mana jika dibandingkan dengan keselamatan keluarga anda. Yang penting anda telah menyediakan keperluan asas yang boleh digunakan di waktu kecemasan.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

8 + seventeen =