3 Jenis Senaman Kempiskan Perut Untuk Orang Malas Boleh Buat Atas Katil Memang Berkesan

Inilah 3 Jenis Senaman Kempiskan Perut Untuk Orang Malas

Perut yang buncit memang boleh membuatkan anda hilang keyakinan diri. Ada baiknya kita faham puncanya dahulu agar mudah untuk mengelak daripada perkara yang tidak sepatutnya.

Jika asyik mengamalkan petua atau melakukan senaman kempiskan perut tapi tidak tahu apa puncanya, memang tak akan menjadilah pun. Kami rungkaikan lima punca perut buncit mengikut fakta saintifik perubatan.

#1 Sindrom Usus Terganggu

Apabila usus seseorang terjejas, ia secara tidak langsung akan mengembungkan perut. Perut akan menjadi sangat buncit terutamanya pada sebelah petang.

Oleh itu, cuba elak makan makanan yang berasaskan serat bijian seperti roti bijian penuh (wholemeal), oats, muesli, biskut penghadaman, bar bijirin dan semua bijirin sarapan pagi seperti Coco Crunch mahupun Cornflakes! Biskut biasa, roti putih biasa dan kek adalah dibolehkan.

Elak makanan serat bijian tadi selama tiga bulan berturut-turut untuk bantu perut anda kempis kembali.

#2 Masalah Kembung Perut

Mungkin anda termakan gas terlalu banyak tanpa sedar sampaikan anda kentut melebihi 15 kali setiap hari. Harus jelas, manusia normal dan sihat akan kentut 14 kali sehari namun jika ia melebihi dari angka itu, pasti anda bermasalah.

Oleh itu, kurangkan makan makanan karbohidrat yang lambat dihadam seperti kekacang, brokoli, kobis, buah prun, epal, dan segala hidangan yang mengandungi gula tidak asli seperti sorbitol yang biasanya terdapat dalam minuman beralkohol seperti wine.

Selain lambat hadam, semua makanan itu tadi akan mengeluarkan gas sulfur apabila berada di dalam perut. Gas tersebut akan berjalan hingga ke dalam usus menjadikan perut kembung dan kelihatan buncit.

Jelas seorang pakar, seseorang harus makan dengan perlahan, kunyah sehabis mungkin makanan itu agar ia hancur, senang dihadam untuk disalurkan terus ke usus.

#3 Penyakit Seliak

Penyakit ini berkait dengan reaksi tubuh si mangsa terhadap sumber yang terkandung dalam barli, gandum dan rai (gandum hitam). Sila elak mengambil sebarang makanan yang bersumberkan elemen tadi seperti pasta, roti, pai dan beberapa jenis sos dan kuah perasa.

Kebiasaannya, masalah ini menyerang kanak-kanak namun dewasa yang berada pada umur pertengahan juga berisiko.

Jika anda mengalami simptom seperti cepat penat, hilang berat badan tanpa sebab dan sering sakit di bahagian abdomen, lekas berjumpa doktor. Sebaik anda disahkan menghidap penyakit seliak ini, ada baiknya anda berhenti makan segala makanan yang mengandungi gluten.

#4 Kembung Perut Berkala

Kembung perut berkala boleh terjadi ketika datang bulan atau saat berada pada tahap awal kehamilan. Ia berpunca daripada hormon progesteron yang sedang aktif dan meningkat dalam tubuh.

Apa yang tidak seronok tentang ini, mood akan bertukar dari seronok menjadi murung, berasa tidak selesa, tertekan malah menggangu pergerakan harian kerana berasa senak. Lebih parah, ia juga boleh menyebabkan sebelit untuk sesetengah orang tahu?

Walau bagaimanapun, senaman seperti berjalan selama 30 minit sehari boleh bantu menghilangkan kembung perut tersebut. Jangan lupa, minum banyak air putih, makan buah dan sayur-sayuran untuk halang sembelit.

#5 Kanser Ovari

Sukar sebenarnya untuk mengesan simptom kanser ovari tetapi keadaan perut yang buncit boleh menjadi tali pengukurnya. Selain perut buncit, penghidap juga akan sentiasa berasa senak dan sakit di bahagian abdomen.

Kata pakar ovari, “Antara simptom utama untuk mengenal pasti kemunculan kanser ovari adalah dengan melihat perubahan pada saiz abdomen (perut) serta menghidap kembung perut. Selain itu, mangsa juga mungkin dapat merasai kesakitan di bahagian abdomen, tidak selera makan dan kesukaran membuang air kecil.

Simptom ini tidak semestinya tepat, namun seseorang harus peka akan perubahan yang berlaku pada diri.

Cuti hujung minggu ni,kalau rasa tak ‘kuasa’ nak bangun awal semata-mata untuk keluar pergi bersenam atau ke gim, tak pe, teruskan je berbaring atas katil. Sebab ada 3 jenis senaman kempiskan perut yang kita boleh buat sambil berbaring atas katil je dan boleh beri kesan yang sangat bagus pada punggung, otot perut dan paha.

Jom cuba amalkan.

1) Bicycle Crunch

Ini adalah teknik paling efektif. Ia menumpukan bahagian rectus abdominis (perut) dan juga oblique muscle (pinggang)senaman kempiskan perut Bicycle Crunch

 

Caranya:

  1. Baring di atas lantai dan letakkan tapak tangan anda di belakang telinga.
  2. Angkat lutut kiri atau kanan anda setinggi 45 darjah menghampiri perut anda dan lakukan seperti sedang mengayuh pedal basikal.
  3. Sentuh siku yang bertentangan dengan lutut yang anda angkat.
  4. Contohnya sekiranya anda mengangkat lutut kiri pastikan lutut kiri anda bersentuhan dengan siku kanan anda dan lakukannya berulang kali seperti anda mengayuh pedal basikal.

Pastikan anda tidak menarik leher anda terlalu ke depan. Sekadar memastikan bahu anda terangkat sedikit dan bukannya belakang badan anda.

Selepas anda mengangkat lutut anda pastikan ia lurus ke hadapan tidak kira berapa darjah. Untuk memberi kesan yang maksima, angkat sedikit sehingga 45 darjah dari lantai.

2) Bangkit Tubi Kaki Tegak (Vertical Leg Crunch)

Konsepnya sama seperti bangkit tubi tapi memerlukan anda mengangkat kaki tegak ke atas.Senaman kempiskan perut ini turut memfokuskan bahagian rectus abdominis (perut).

senaman kempiskan perut

Caranya:

  1. Angkat kaki anda tegak ke atas sambil bersilang.
    2.Angkat badan anda seperti anda membuat bangkit tubi biasa
  2. Lakukan dalam 2 hingga 3 set dan dalam setiap set rendahkan kaki anda menghampiri lantai untuk memberi impak yang maksima.
  3. Setiap set anda boleh lakukan 16-18 ulangan.

3) Bangkit Tubi Tangan Lurus (Long Arm Crunch)

Berbeza dengan bangkit tubi tegak, anda perlu meluruskan tangan anda untuk melakukan teknik senaman kempiskan perut ini. Cara ini menambahkan kesukaran kerana tangan bertindak sebagai pemberat.

senaman kempiskan perut Long Arm Crunch

Caranya:

  1. Baring di atas lantai.
    2. Lipatkan kaki anda.
    3. Luruskan tangan anda ke atas.
    4. Lakukan pergerakan bangkit tubi.

Anda boleh mengubah suai teknik senaman kempiskan perut ini dengan memegang pemberat mahupun dumbell ketika melakukan aktiviti ini.

Tetapi sebaiknya anda harus luruskan tangan anda serenjang dengan lantai. Dari aktiviti ke aktiviti anda boleh menambah pemberat mengikut kemampuan anda.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × 5 =