6 Jenis Kasut Yang Jejaskan Kesihatan Tubuh, Kasut Flat Pun Bahaya!

6 Jenis Kasut Yang Jejaskan Kesihatan Tubuh, Kasut Flat Pun Bahaya! | Secara puratanya dalam setahun kita berjalan 245-292km. Jauh kan, sebab itulah sangat penting untuk mencari kasut yang sesuai.

Walaupun perlu ikut peredaran fesyen tapi kita kena cari kasut yang sesuai dan tak menyakitkan kaki. Berikut adalah 6 jenis kasut yang boleh menjejaskan bukan saja kaki tapi bahagian tubuh lain yang berkait.

Jenis Kasut runcing

Jenis kaki yang lebar memang tidak sesuai mengenakan kasut jenis ini. Ia akan terasa cukup ketat dan meletakkan banyak tekanan pada jari. Ia akan menyebabkan sakit saraf dan juga melecet. Jadi sebelum beli pastikan kasut betul-betul selesa untuk jari kaki.

Selipar buat kaki cepat letih

Ramai yang anggap inilah alas kaki yang paling selesa. Tak juga sebenarnya, ia banyak bergesel dengan ibu jari dan boleh menyebabkan melecet.

Di samping itu selipar juga boleh menyebabkan ketidakselarian pada buku lali dan lutut kerana kaki tidak disokong dengan baik. Selain itu kaki juga akan cepat penat bila mengenakan selipar.

Kasut tumit tinggi jejaskan saraf

jenis kasut

Memang nampak cantik bila memakainya tapi kesannya cukup besar pada kesihatan. Ia akan menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang.

Bukan itu saja ia kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya mengakibatkan timbulnya masalah kesihatan pada kaki dan keseluruhan badan.

Akibat lebih buruk jika pemakainya mempunyai berat badan yang berlebihan. Ia boleh memberi tekanan berlebihan pada lutut dan juga tumit, pengelakangan kaki.

Kasut flat

Seperti selipar, ramai yang menyangka kasut ini paling selamat. Rupanya tidak, ini kerana kasut ini rata dan tidak diletakkan sebarang sokongan yang mana akan menyebabkan tekanan pada bahagian plantar fascia, iaitu di bahagian tengah kaki.

Ia boleh menimbulkan sakit pada bahagian lutut dan belakang badan. Untuk selamat, beli alas orthotic untuk membetulkan kedudukan kaki ketika memakai kasut ini.

BACA: Kaki Melecet Bila Pakai Kasut? Tak Payah Amal Petua Gigit Kasut, Buat 6 Cara Ni

Jenis Kasut untuk berlari atau running shoes

jenis kasut

Kasut untuk berlari hanya dipakai bila kita berlari. Jika dipakai setiap hari kerana selesa ia sebenarnya akan memberi kesan kerana kasut jenis ini terlalu fleksibel dan juga lembut. Kasut atlet dengan bahagian tapak yang lebih keras adalah lebih sesuai.

Kasut jenis platform

Kasut jenis ni tak fleksibel dan mempunyai ruang yang terhad sedangkan kaki perlukan ruang untuk ia berasa selesa. Oleh itu kasut jenis itu tak seeloknya tidak dipakai selalu.

Sumber: Brightside.me

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five × 5 =