Jangan Panik Dan Buang Haiwan Peliharaan Anda, Doktor Veterinar Kongsi Apa Yang Perlu Dilakukan.

Jangan Panik Dan Buang Haiwan Peliharaan Anda, Doktor Veterinar Kongsi Apa Yang Perlu Dilakukan. | Seekor harimau yang bernama Nadia di New York menjadi bualan hangat di sosial media apabila haiwan itu telah disahkan positif wabak COVID-19.

Perkara yang sama turut berlaku pada seekor kucing yang merupakan haiwan peliharaan kepada seorang pesakit COVID-19 di Belgium.

Kes-kes yang dilaporkan ini telah menimbulkan rasa panik kepada mereka yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah. Bagi membantu orang ramai memahami keadaan sebenar, seorang doktor veterinar telah memberikan penjelasan lanjut di akaun Twitter miliknya.

Berdasarkan perkongsian itu, menurutnya masih belum ada bukti saintifik yang menunjukkan virus ini adalah berpunca daripada haiwan. Maklumat genetic sequence Covid-19 yang dijumpai oleh saintis yang paling dekat adalah dengan CoV yang ada di dalam Rhinolophus Bat iaitu sejenis kelawar, di mana ada kemungkinannya.

Kajian mendalam masih dijalankan terhadap haiwan yang positif COVID-19 tu ye. Tetapi penting untuk kita tekankan disini, tidak ada bukti saintifik yang mengatakan haiwan yang dijangkiti memainkan peranan di dalam penyebaran COVID-19.

Pemilik haiwan turut dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjaga kebersihan semasa mengendalikan haiwan peliharaan. Seperti saranan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pemilik haiwan perlu mencuci tangan setiap kali memberi makan atau memegang haiwan tersebut.

“Elakkan cium, jilat atau berkongsi makanan dengan haiwan peliharaan kita.”

Jangan Panik Dan Buang Haiwan Peliharaan Anda, Doktor Veterinar Kongsi Apa Yang Perlu Dilakukan.

Selain itu, penting untuk mereka yang disahkan positif COVID-19 untuk mengelakkan sebarang kontak rapat dengan haiwan peliharaan mereka. Berdasarkan kes-kes yang dilaporkan setakat ini, semua haiwan yang dijangkiti mendapat jangkitan daripada manusia yang disahkan positif COVID-19.

Minta bantuan daripada orang lain bagi menjaga haiwan peliharaan anda semasa anda dikuarantin. Penjaga haiwan peliharaan itu juga disarankan memakai topeng muka dan mencuci tangan sebaik sahaja selesai menguruskan haiwan tersebut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah memberitahu KKM kini sedang giat menjalankan kajian lebih lanjut mengenai hal ini. Buat sementara waktu, orang ramai dinasihatkan untuk mengekalkan kebersihan diri pada tahap maksima semasa menguruskan haiwan peliharaan.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

ten − 2 =