Home All Petua Anak Jangan Merokok Dalam Kereta Jika Ada Anak Kecil, Ini Kesan Thirdhand Smoke

Jangan Merokok Dalam Kereta Jika Ada Anak Kecil, Ini Kesan Thirdhand Smoke

Jangan Merokok Dalam Kereta Jika Ada Anak Kecil, Ini Kesan Thirdhand Smoke 1

Jika dibahaskan tentang bahaya rokok kepada perokok, memang ramai dah mahir tentang perkara ini. Perokok yang merokok dipanggil sebagai firsthand smoke. Rokok ini memang bahaya. Bahan kimia yang terkandung di dalam rokok itu sendiri boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit kepada perokok.

Bukan itu sahaja, kemudian wujud pula istilah seconhand smoke atau secondary smoker. Golongan ini tidak merokok, tetapi mendapat kesan buruk daripada asap rokok yang bertebaran di udara, dihembus oleh perokok yang degil. Dikhabarkan sekitar 600,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia disebabkan oleh secondhand smoke.

Jika sebelum ini kita dimaklumkan bahawa secondhand smoke juga boleh memudaratkan manusia terutamanya kanak-kanak, kini anda perlu mengetahui akan bahayanya thirdhand smoke.

Penjelasan dari doktor ini akan menjawab persoalan, mengapa pihak berkuasa berusaha memastikan sesetengah kawasan itu bebas dari asap rokok.

Kepada mereka yang suka merokok di dalam rumah, tandas, tangga kecemasan, kedai makan, anda perlu hentikan tabiat itu dan terus berhenti dari merokok. Jangan mementingkan nafsu anda sehingga mengorbankan golongan yang tidak berdosa. Semoga bermanfaat.

TAHUKAH kalian, selain perokok dan secondhand smoke, ada juga istilah thirdhand smoke?

merokok, merokok luar rumah, indoor smoker, merokok dalam rumah, merokok dalam kereta, perokok tegar, berhenti merokok

Thirdhand smoke terjadi apabila saki baki nikotin dan bahan kimia dari rokok melekat pada permukaan bahan-bahan indoor yang akhirnya bereaksi dengan bahan tersebut membentuk bahan toksik kepada manusia.

Bahan campuran toksik ini juga mengandungi bahan-bahan penyebab kanser yang akhirnya dihidu oleh manusia. Ia berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak.

Contohnya asap melekat di dinding, pakaian atau perabot. Lama kelamaan, reaksi kimia menghasilkan bahan toksik campuran yang berbahaya. Oleh kerana itu, matlamat kami adalah untuk membentuk persekitaran bebas rokok. Bukan hanya orang berhenti merokok.

Malang Untuk Bayi Dipersekitaran Merokok

Kepada ibu bapa yang memilik anak kecil terutama yang masih bayi, kasihanilah anak-anak anda. Pastikan mereka tidak terdedah kepada seconhand mahupun thirdhand smoke yang berbahaya ini.

Alangkah sedihnya jika melihat bayi yang tidak mampu lagi untuk mengadu, mengalami masalah pernafasan, athma dan jangkitan salur pernafasan disebabkan oleh bahan beracun daripada rokok ini.

Mereka pastinya lebih terdedah berbanding orang dewasa. Terutama sekali bayi yang sedang aktif merangkak dan yang sering menyentuh apa sahaja yang mereka temui dengan tangan mahupun mulut.

Bagaimana Nak Elakkan Diri Daripada Thirdhand Smoke?

Cara terbaik untuk menyelesaikan isu ini adalah dengan mewujudkan persekitaran bebas rokok. Kepada perokok, jika tidak ada lagi rasa sayang pada diri, berhenti merokok untuk keluarga ataupun saudara-saudara lain yang tidak bersalah.

Jika ada ahli keluarga anda yang merokok, jangan berputus asa untuk beri kesedaran kepada mereka supaya meninggalkan tabiat merokok. Lakukan apa yang terdaya supaya satu hari nanti kita dapat menyediakan udara yang segar tanpa asap rokok untuk generasi yang akan datang.

Sumber: Doktor Khairul Hafidz

BACA JUGA: Inilah Petua Hilangkan Ketagihan Merokok Dalam 3 Minggu

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here