Nasihat Doktor Ini, Jangan Suka-Suka Pergi Beli & Guna Krim Sapu Tanpa Preskripsi Terutama Jenis Steroid.

KEKUATAN STEROID DAN KAEDAH KENALPASTI.

Pernah terfikir tak bila beli krim sapu untuk sakit kulit, krim ni ada steroid ke tak.

Kalau ada steroid, berapa kuat? ada side effect ke?
Macam mana nak tau krim ada steroid?

Korang pernah tengok kulit nipis gila-gila punya? Saya pernah. Seorang anak pesakit cerita arwah ayahnya kulit nipis sampai tak boleh angkat tarik tangan..boleh luruh semua kulit kalau tarik kuat..fuhh..dahsyat tu..

Jangan main beli je steroid kuat tanpa preskripsi pakai berbulan-bulan sampai dapat diabetes dan sindrom Cushings pula.

APA ITU STEROID

Steroid ialah krim sapu anti radang yang biasa orang ekzema, psoriasis dan apa-apa penyakit kulit yang merah meradang.

Fungsi steroid sapu:
– Anti radang (kurangkan bengkak, merah, sakit, gatal)
– Imunosupresif (kurangkan antibodi kawasan sapuan)
– Antiproliferatif (menyekat perkembangan sel)
– Vasokonstriktif ( mengecutkan salur darah)

PENYERAPAN STEROID

Penyerapan steroid bergantung formulasi dan ketebalan kulit.
– Penyerapan terbanyak berlaku di kawasan seperti kelopak mata, kemaluan,
pelipat maka elakkan penggunaan steroid kuat di sini.
– Penyerapan paling kurang berlaku di kulit tebal seperti tapak tangan
dan kaki yang mana steroid lemah kurang berkesan.

PENGELASAN STEROID

Ada steroid nipiskan kulit, ada steroid pakai tak nipis-nipis pun.
Ia bergantung pada KEKUATAN STEROID.

Ingat tak steroid ni antiproliferatif,bila sapu akan sekat perkembangan sel kulit.
Steroid lemah tak nipiskan kulit mungkin sebab kulit bersalin lebih cepat daripada steroid nipiskan kulit.
Steroid kuat bukan saja sekat kulit bersalin, tetapi juga kurangkan salur darah ke kawasan kulit.
Jadi pentingnya tahu kekuatan steroid ini.

Pengkelasan ini terpakai di kebanyakan negara termasuk Malaysia.

4 KELAS STEROID

1) SANGAT KUAT (sehingga 600 kali lebih kuat berbanding hydrocortisone iaitu hormon semulajadi badan kita)

– Clobetasol propionate
– Betamethasone dipropionate (formulasi tertentu)

2) KUAT -Potent (100–150 kali lebih kuat berbanding hydrocortisone)

– Betamethasone valerate
– Betamethasone dipropionate (cream, ointment, gel)
– Diflucortolone valerate
– Hydrocortisone 17-butyrate
– Mometasone furoate
– Methylprednisolone aceponate

3) Sederhana (2–25 kali lebih kuat berbanding hydrocortisone)

– Clobetasone butyrate
– Triamcinolone acetonide

4) Steroid lemah

– Hydrocortisone
– Hydrocortisone acetate

Macam mana nak tau krim ada steroid ke tak?

4 KAEDAH KENALPASTI STEROID

krim sapu, krim gatal, krim alergi, krim kulit, krim steroid, bahaya steroid pada kulit, bahaya steroid pada krim sapu, kesan steroid

1) NAMA BAHAN AKTIF
– Bukan brand yang tulis besar-besar tu..tapi kandungan bahan aktif. Biasa tulis kecik saja di bahagian label.
– Kalau produk sapu bukan preskripsi, kena tawakkal dan tengok poin seterusnya.

2) REAKSI SELEPAS SAPU
– Krim natural ni ada reaksi krisis kebiasaannya.
– Krim steroid sangat jarang ada reaksi..kecuali ada alergi kepada steroid itu sendiri.
– Kalau sapu krim, jadi berair kawasan tu, mungkin terkena jangkitan sebab steroid boleh lemahkan imuniti tempat sapu tu.
Sebab tu jika sudah ada jangkitan, doktor biasa beri sapuan steroid campur antibiotik.

3) KESAN SAMPINGAN
– Kulit jadi nipis bagi steroid sederhana,kuat dan sangat kuat terutamanya jika guna berpanjangan.
– Jika kulit jadi merah dan sensitif, krim itu mungkin steroid.
Orang guna kosmetik ada steroid boleh dapat steroid induced rosacea. Muka jadi kemerahan yang tak diingini..bukan glowing ya.

4) REAKSI LEPAS BERHENTI SAPU MENGEJUT.
– Pakai steroid kuat memang kejap je radang hilang..dah la takde healing crisis..sebab tu nama lainnya MAGIC CREAM!
Tapi…
– Bagi steroid kuat dan sangat kuat terutamanya, bila berhenti mengejut..keradangan akan meningkat.
Apa maknannya? Ekzema dan psoriasis mungkin jadi makin teruk. Ia adalah kesan topical steroid withdrawal (TSW).
Reaksi berhenti mengejut ini sangat mencadangkan ia adalah steroid.

Steroid adalah menyelamatkan nyawa.
Tapi steroid bukan kewajipan dalam kosmetik.
Untuk penyakit keradangan kulit perlukan preskripsi dan pemantauan.

Maka gunakanlah steroid dengan bijak. Ketahui apa bahan yang kita tempek pada diri sendiri atau anak-anak kita.
Dapatkan konsultasi dan pemantauan mereka yang bertauliah.

Jangan ambil steroid sebab kawan kata bagus. Melainkan kawan tu doktor yang periksa kita 😀 hehe

PART ke 3 Saya akan terangkan kesan sampingan steroid secara terperinci.

FOLLOW dan set SEE FIRST supaya tak miss artikel bermanfaat mengenai kesihatan.

Jangan lupa SHARE juga sebab ramai sangat orang pakai kosmetik bersteroid atau beli steroid kuat tanpa pemantauan.
Kesian kan?

Semoga kita dilindungi daripada bahaya produk tercemar steroid..nauzubillah..

Ikhlas,

Hafiz Sulaiman
Pejuang Kesihatan

 

Sumber : FB Hafiz Sulaiman

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment