Nak Jaga Kesihatan Jantung? Inilah 10 Herba Dan Rempah Yang Baik Untuk Diamalkan!

Jantung adalah organ yang berotot, kira-kira saiz genggaman tangan anda. Ia mengepam darah melalui rangkaian arteri dan vena dipanggil sistem kardiovaskular ke seluruh badan.

Darah ini membekalkan tubuh badan anda dengan oksigen dan nutrien, dan membantu dalam penyingkiran bahan buangan badan. Penyakit jantung adalah punca utama kematian bagi lelaki dan wanita.

Malah, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), lebih daripada 611,105 orang meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit jantung.

10 HERBA DAN REMPAH YANG BAIK UNTUK JANTUNG ANDA

Penyakit jantung merujuk kepada masalah yang memberi kesan kepada struktur dan fungsi jantung dan saluran darah.

Sesetengah jenis penyakit jantung yang biasa termasuklah penyakit koronari arteri, penyakit jantung iskemia, rentak jantung yang tidak teratur, atherosclerosis, angina, infarksi miokardium (biasanya dikenali sebagai serangan jantung), penyakit jantung hipertensi, penyakit jantung kongenital, dan penyakit arteri periferal.

Risiko mendapat penyakit jantung meningkat dengan faktor-faktor seperti merokok secara berlebihan, gaya hidup yang tidak aktif, penuaan, salasilah ahli keluarga yang mewarisi penyakit jantung, tekanan darah tinggi, tahap kolesterol yang tinggi, diabetes, obesiti serta pengambilan alkohol dan kafein secara berlebihan.

Beberapa gejala biasa yang mungkin menunjukkan kepada masalah jantung termasuk batuk yang berterusan, ketidakselesaan dada, kebimbangan, keletihan, denyutan nadi cepat atau tidak teratur dan sesak nafas.

herba untuk kesihatan jantung, amalan pemakanan untuk jantung, penjagaan jantung, penjagaan makanan untuk jantung, jantung yang sihat, diet untuk jantung

Jantung berfungsi baik dengan kadar 24 × 7. Adalah penting untuk memastikan ia sentiasa sihat. Fungsi jantung semakin bertambah baik bergantung kepada kualiti darah dan alirannya.

Diet yang sihat, seimbang dan senaman yang sihat serta mencukupi boleh membantu anda mencapai matlamat yang diingini. Anda juga boleh menggabungkan herba dan rempah tertentu ke dalam diet harian untuk meningkatkan kesihatan dan kecergasan jantung anda.

BERIKUT ADALAH 10 HERBA DAN REMPAH YANG BAIK UNTUK JANTUNG ANDA SELAIN SERING DIGUNAKAN UNTUK MENAMBAHKAN RASA KE DALAM MASAKAN

BAWANG PUTIH

Bawang putih sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung kerana mengandungi agen anti-radang, antithrombotik dan kelebihan antiplatlet. Suatu kajian yang diterbitkan dalam American Society untuk jurnal Nutrition menunjukkan suatu kaitan yang kuat antara pengambilan bawang putih dan manfaat kepada jantung.

Bawang putih sangat berkesan dalam merawat serum yang dikaitkan dapat menaikkan jumlah kolesterol, merangsang lipoprotein atau LDL , meningkatkan agregasi platlet dan merawat tekanan darah yang tinggi, seterusnya mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Anda boleh memakan 1 atau 2 ulas bawang putih segar dan dihancurkan setiap hari untuk mendapatkan kebaikan dalam kesihatan. Anda juga boleh memilih untuk menjadikan bawang putih sebagai makanan tambahan. Dapatkan saranan dan nasihat doktor untuk pengambilan bawang putih di atas faktor kesihatan yang lain sekiranya anda mahu mengamalkannya.

BACA JUGA: Jom Ketahui Cara Untuk Menyimpan Bawang Yang Dikisar Supaya Tahan Lebih Lama

KUNYIT

Kunyit mempunyai sebatian dipanggil curcumin yang mempunyai antioksidan yang kuat dan ciri-ciri anti-radang. Curcumin meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit yang berkaitan dengan jantung.

Kunyit Juga dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan menghalang pembekuan darah untuk mencegah serangan jantung. Ia juga mengawal keradangan yang boleh membawa kepada penyakit jantung. Di samping itu, ia menghalang pengerasan arteri dengan menghalang pengoksidaan lemak dan menurunkan kolesterol.

Anda boleh menggunakan kunyit dalam masakan anda atau minum segelas susu suam dicampur dengan kunyit setiap hari. Agak kelihatan pelik bagi anda untuk minum segelas susu suam yang dicampur dengan kunyit tetapi kebaikannya telah nyata dibuktikan dalam suatu kajian kesihatan.

Anda juga disarankan mengamalkan kunyit sebagai makanan tambahan dengan mengambil 250-600 mg bersamaan pil kapsul curcumin 3 kali sehari. Dapatkan nasihat doktor untuk sekiranya anda mahu mengamalkan pengambilan kunyit.

HAWTHORNherba untuk kesihatan jantung, amalan pemakanan untuk jantung, penjagaan jantung, penjagaan makanan untuk jantung, jantung yang sihat, diet untuk jantung

Hawthorn merupakan satu lagi herba yang terkenal untuk kesihatan jantung. Ia membantu dalam perkembangan sel darah dan mampu merendahkan tekanan darah.

Ia juga dapat membantu melancarkan aliran darah ke jantung dan meningkatkan pengecutan otot jantung, seterusnya membawa kepada jantung yang lebih kuat selain dapat berfungsi dengan lebih baik.

Di samping itu, kesan anti-arrhithmik yang mantap turut membantu denyutan jantung yang konsisten.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Pharmacognosy Review, penyelidik melakukan ujian klinikal yang melibatkan hawthorn dan profil keselamatan herba.

Mereka membuat kesimpulan bahawa hawthorn merupakan herba yang selamat, berkesan, mempunyai agen toksik yang berpotensi dalam merawat penyakit kardiovaskular dan penyakit jantung iskemia.

Jumlah yang disyorkan adalah antara 160 hingga 1800 mg sehari dalam 2 atau 3 dos yang dibahagikan. Hawthorn juga mampu mempengaruhi ubat-ubatan tertentu yang diambil, rujuk kepada doktor anda sebelum menjadikan herba hawthorn sebagai makanan tambahan.

BUNGA RAYA

Pengamal perubatan tradisional bergantung kepada bunga raya untuk merawat penyakit jantung. Ekstrak air bunga raya memberi kesan kepada mekanisme aterosklerosis, gula dalam darah, lipid dan tekanan darah. Semua elemen-elemen ini membantu meningkatkan kesihatan jantung secara keseluruhan.

Suatu kajian yang disiarkan dalam Jurnal Pertanian dan Makanan mendapati bahawa ekstrak bunga raya membantu menghalang perkembangan aterosklerosis dalam arnab badan anda.

Tahap kolesterol yang tinggi adalah salah satu punca utama penyakit jantung. Anda boleh minum secawan teh bunga raya dua kali sehari atau mengambil 100-250 mg ekstrak bunga raya dua kali sehari.

Pastikan anda merujuk kapada doktor atau pakar perubatan untuk mendapatkan nasihat dan saranan yang betul sebelum mengamalkan pengambilan ekstrak bunga raya.

CILI BESAR

Cili besar mengandungi capsaicin, yang membuat rempah ini mengandungi antioksidan yang kuat. Ia juga mempunyai potensi untuk mengembangkan saluran darah, agen pengoksidaan pelawan yang mungkin dikaitkan dapat melawan penyakit dan turut mampu mengelakkan pembekuan darah.

Semua faktor-faktor ini menyumbang kepada kesihatan jantung yang baik. Capsaicin juga dapat membantu mengurangkan trigliserida dan kolesterol LDL, iaitu dua faktor utama yang menyebabkan risiko penyakit jantung.

Di samping itu, cili besar juga mampu membantu membakar kalori dan menurunkan berat badan sekaligus mengurangkan risiko mendapat masalah jantung.

Anda boleh menambah setengah atau satu sudu teh cili besar dalam secawan air panas dan minum beberapa kali seminggu untuk mendapatkan kebaikan dalam kesihatan. Anda juga boleh mengambil makanan tambahan berasaskan cili besar, 2,000 hingga 4,000 IU setiap hari lain.

Walau bagaimanapun, sentiasa merujuk kepada doktor atau pakar perubatan sebelum mengamalkan cili besar sebagai makanan tambahan.

BACA JUGA: Petua Mengatasi Saluran Darah Tersumbat..Amalkan Ini Sebelum Menjadi Lebih Teruk Lagi..

TEH HIJAU

Teh hijau sangat baik untuk jantung anda kerana kandungan flavonoid dan antioksidannya. Ia mampu meningkatkan kesihatan sel-sel yang membentuk lapisan paling dalam jantung dan darah. Teh hijau juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan kolesterol dan trigliserida.

Suatu kajian yang disiarkan dalam European Journal of Cardiovascular Prevention and Rehabilitation melaporkan bahawa pengambilan teh hijau dapat meningkatkan fungsi saluran darah.

Dengan meminum lebih daripada 5 cawan teh hijau setiap hari, anda boleh mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung atau strok sebanyak 26 peratus. Anda boleh mengamalkan meminum 5 cawan teh hijau setiap hari.

Anda juga boleh mengambil 100-750 mg ekstrak teh hijau sehari sekiranya doktor anda menyarankannya. Masih banyak khasiat teh hijau bukan sahaja kepada jantung malah baik untuk tubuh badan anda selain rasanya yang sedap.

KAYU MANIS

Kayu manis merupakan sejenis rempah yang terkenal dan dapat memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung.

Ia menghalang pengeluaran asid lemak dari radang membran platlet darah di samping dapat membantu mengekalkan tekanan yang betul dalam darah. Ini seterusnya mengurangkan tekanan darah tinggi, yang boleh merosakkan arteri dan organ-organ lain.

Selain itu, ia turut mampu membantu merendahkan trigliserida yang rendah serta merendahkan peningkatan kolesterol LDL, sekaligus membuakan jantung anda berfungsi dengan betul.

Untuk mendapatkan kebaikan dalam kesihatan, amalkan pengambilan setengah atau satu sudu teh serbuk kayu manis setiap hari. Anda juga boleh menggabungkan serbuk kayu manis pada hidangan oat, mencampurkan bersama teh, smoothie, sup ataupun bersama salad.

HALIA

Halia mempunyai agen anti-radang dan penipis sel darah semula jadi yang boleh menurunkan kolesterol LDL. Bahan aktif dalam halia adalah gingerol iaitu sejenis sebatian yang membantu merehatkan saluran darah dan merangsang aliran darah ke seluruh badan.

Dalam suatu kajian yang disiarkan dalam Jurnal Pemakanan, penyelidik mendapati bahawa pengambilan ekstrak halia mampu mengurangkan kandungan kolesterol plasma, menghalang pengoksidaan LDL dan melemahkan perkembangan aterosklerosis.

Anda boleh membuat teh halia panas atau sejuk dengan meminumnya 2 atau 3 kali sehari untuk mendapatkan kebaikan kesihatan.

Anda juga boleh menggunakan akar halia segar dalam masakan anda dengan menambahkannya dalam sos, dalam kentang goreng, sup dan juga minuman buah-buahan mahupun bersama sayur-sayuran. Mengambil halia sebagai makanan tambahan boleh diamalkan sekiranya anda telah mendapatkan nasihat doktor dan saranannya.

HALBAherba untuk kesihatan jantung, amalan pemakanan untuk jantung, penjagaan jantung, penjagaan makanan untuk jantung, jantung yang sihat, diet untuk jantung

 

Halba mempunyai kelebihan kandungan antioksidan dan kardioprotektif. Ini menjadikan halba sejenis ramuan penting untuk menggalakkan kesihatan jantung. Terdapat beberapa sebatian dalam halba yang boleh mengurangkan kolesterol, merawat arteri tersumbat, tekanan darah dan mencegah serangan jantung.

Lebih-lebih lagi, ia juga mampu membantu menstabilkan gula dalam darah dan mencegah obesiti, dua faktor utama di sebalik penyakit jantung.

Anda boleh merendam 1 sudu teh biji halba di dalam air selama semalaman dan memakannya dengan perut kosong keesokan harinya. Amalkan memakan halba ini setiap hari. Di samping itu, halba juga boleh dibuat teh dan boleh diminum 1 atau 2 cawan setiap hari untuk mendapatkan kebaikan dalam kesihatan anda.

KETUMBAR

Kedua-dua daun segar dan biji ketumbar adalah baik untuk jantung anda kerana ianya turut mengandungi agen antiplatlet dan sifat antioksidan semulajadi. Ketumbar juga mampu membantu mengurangkan agregasi platlet dimana ianya boleh menyebabkan kemerosotan aliran darah ke jantung.

Biji ketumbar mempunyai tindakan hipolipidemik dalam badan, yang membantu mengurangkan kolesterol LDL dan trigliserida. Satu kajian yang disiarkan dalam Jurnal Biologi Persekitaran membuktikan fakta ini.

Ketumbar juga berguna dalam penyembuhan penyakit diabetes yang dihidapi, faktor utama risiko penyakit jantung. Anda boleh menambah 1 sudu teh serbuk ketumbar dalam secawan air ataupun merebusnya bersama air, keringkan dan minum sekali sehari.

Anda juga boleh mencuba menggunakan ketumbar dan daun ketumbar biji segar dalam masakan anda. Kesnnya kepada kesihatan anda dapat dilihat sekiranya diamalkan secara konsisten.

Ingatlah bahawa jantung anda berfungsi seperti enjin yang menggerakkan sesebuah mesin. Jagalah ia seperti mana anda menjaga kelancaran pergerakan enjin kereta anda. Jantung yang tidak sihat akan membuatkan anda jatuh sakit dan menjauhkan anda daripada melakukan aktiviti harian secara normal.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

11 + 2 =