Home All Petua DIY Cara Berguna Untuk Jadikan Barangan Lama Anda Kelihatan Seperti Baru

Cara Berguna Untuk Jadikan Barangan Lama Anda Kelihatan Seperti Baru

Cara Berguna Untuk Jadikan Barangan Lama Anda Kelihatan Seperti Baru 1

Sebelum anda memutuskan untuk membeli barangan baru cuba lihat betul-betul jika barangan tersebut masih boleh dibaiki atau dibersihkan. Tidak semua barang lama tidak berfungsi dengan baik kerana apa yang anda perlukan hanyalah ‘sentuhan’ untuk menjadikan barangan lama tersebut nampak baru dan cantik serta masih dapat digunakan.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diaplikasi untuk menjadikan barang-barang lama anda kelihatan seperti baru dan cantik!

#1 Papan pemotong

Cara Berguna Untuk Jadikan Barangan Lama Anda Kelihatan Seperti Baru 2© onegoodthingbyjillee

Bersihkan papan dengan span yang telah direndam dalam campuran jus lemon dan garam.

#2 Periuk tembaga

Cara Berguna Untuk Jadikan Barangan Lama Anda Kelihatan Seperti Baru 3

© whatsupfagans

Untuk menjadikan periuk tembaga kelihatan baru anda boleh gunakan garam dan cuka. Hanya taburkan garam di permukaan periuk dan kemudian tuang sedikit cuka di atasnya dan gosok periuk dengan menggunakan span.

#3 Pinggan

Cara Berguna Untuk Jadikan Barangan Lama Anda Kelihatan Seperti Baru 4

© thehungryhousewife

Sangat mudah untuk menghilangkan calar pada pinggan. Hanya gunakan bahan pengilap yang direka khusus untuk digunakan pada porselin.

#4 Dulang pembakar

Cara Berguna Untuk Jadikan Barangan Lama Anda Kelihatan Seperti Baru 5

© pinterest

Anda boleh menyingkirkan kotoran degil pada dulang pembakar dengan menggunakan tampalan yang diperbuat daripada hidrogen peroksida dan soda biasa. Letakkan tampalan tersebut pada dulang pembakar dan biarkan selama 30 minit, kemudian bilas.

#5 Permaidani

Cara Berguna Untuk Jadikan Barangan Lama Anda Kelihatan Seperti Baru 6© diyncrafts

Anda perlukan satu bahagian cuka dan dua bahagian air. Campurkan air dan cuka bersama-sama dalam botol semburan, kemudian semburkan pada kotoran dan tutup dengan kain lembap. Hidupkan seterika, tetapkannya kepada mod stim dan letakkannya di atas kain selama 30 saat.

#6 Periuk besi

Cara Berguna Untuk Jadikan Barangan Lama Anda Kelihatan Seperti Baru 7© content

Anda memerlukan pembasmi kuman yang boleh digunakan di dapur dan beberapa keperluan lain seperti sarung tangan, plastik sampah dan cuka putih.

Mula-mula letakkan pembasmi kuman pada periuk dan letakkan periuk tersebut ke dalam plastik dan ikat dengan ketat. Biarkan kuali selama 1-2 hari, kemudian bilaskan kuali itu. Kemudian gunakan lapisan baru cecair yang sama dan sekali lagi masukkannya ke dalam satu beg yang ketat selama satu hari.

Kemudian basuh kotoran dengan air panas. Sekarang, rendam kuali dalam campuran air suam dan cuka (1: 1) selama satu jam dan gosok permukaan dan kemudian biarkan periuk kering. Panaskan oven sehingga 250 ° C dan letakkan kuali di dalamnya selama satu jam.

Kemudian berhati-hati keluarkan kuali yang panas dan sapukan lapisan minyak zaitun di atasnya. Logam panas akan menyerap jumlah minyak yang diperlukan, dan anda boleh mengelap lebihan minyak yang ada pada kuali dengan kain bersih dan kemudian letakkan kuali dalam oven sekali lagi.

Selepas 15 minit, keluarkan kuali, lap dengan kain dan letakkan di dalam oven sekali lagi selama 15 minit. Ulangi proses ini dua kali lagi.

#7 Jubin

Cara Berguna Untuk Jadikan Barangan Lama Anda Kelihatan Seperti Baru 8

© cutediyprojects

Bersihkan kawasan antara jubin dengan menggunakan peluntur. Campurkannya dengan air dalam nisbah 1:1. Jangan lupa untuk membersihkan bilik mandi semasa melakukannya kerja-kerja membersihkan jubin.

#8 Sepatu putih

Cara Berguna Untuk Jadikan Barangan Lama Anda Kelihatan Seperti Baru 9

© almosttherealthing

Apa yang anda perlukanya ialah satu sudu teh cecair pencuci pinggan; tiga sudu hidrogen peroksida dan dua sudu serbuk penaik.

#9 Perabot kulit

Cara Berguna Untuk Jadikan Barangan Lama Anda Kelihatan Seperti Baru 10

© interiordesigninfo

Lap goresan di sofa anda menggunakan minyak zaitun atau minyak bayi dengan menggunakan kapas. Biarkan minyak kering selama sejam. Jika kesan calar masih kelihatan, ulangi prosedur tersebut sekali lagi.

#10 Perabot dengan pelapis mikrofibre

Cara Berguna Untuk Jadikan Barangan Lama Anda Kelihatan Seperti Baru 11© sandbox

Perabot jenis ini memerlukan penjagaan khas. Anda boleh menggunakan span putih dan alkohol untuk menghilangkan sebarang kesan yang muncul di atasnya dari masa ke masa.

Hilangkan kotoran dengan menggunakan span yang direndam dalam alkohol dan biarkan ia kering, kemudian bersihkan kawasan tersebut dengan menggunakan berus.

#11 Beg kulit

Cara Berguna Untuk Jadikan Barangan Lama Anda Kelihatan Seperti Baru 12

© hellohydrangea

Dengan hanya menggunkan kain basah anda boleh membersihkan kotoran pada beg kulit.

#12 Tuala

Untuk mengembalikan kelembutan pada tuala anda, bilas tuala dalam air garam selepas mencuci. Selain itu, tuala anda akan kelihatan seperti baru dalam jangka masa yang lama jika anda mengeringkannya di dalam bilik yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik atau di luar rumah.

#13 Berus gigi

Cara Berguna Untuk Jadikan Barangan Lama Anda Kelihatan Seperti Baru 13

Untuk ‘menyelamatkan’ berus gigi anda, tuangkan sedikit air panas yang mendidih dalam mangkuk dan pusing-pusingkan (swirl) berus gigi anda dalam air tersebut.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here