Nak BERCERAI Sebab Isteri Tak Izin Keluar Lepak. Wanita Ini KONGSI 3 TIP Buat Lelaki Yg Ramai TAK TAHU !!!

Kerap kali kita baca kisah ada segelintir lelaki bergelar suami meluahkan rasa tidak puas hati isteri tidak membenarkan atau tidak gemar mereka keluar lepak bersama kawan-kawan di malam hari.

Dalam kejadian baru-baru ini juga, seorang suami tergamak memaki hamun isterinya sendiri. Sedangkan si isteri hanya mahu suaminya balik dan tidur awal kerana keesokan harinya bekerja.

BARU 8 BULAN BERKAHWIN DAH NAK BERCERAI

Dalam perkongsian dari Puan Wana Abas ini, lelaki muda ini baru sahaja berkahwin lapan bulan namun sudah terdetik di hatinya mahu bercerai kerana perkara yang sama. Kasihan dengan pasangan muda ini, beliau berikan tiga nasihat yang amat berguna ini. Semoga bermanfaat kepada semua terutamanya golongan suami.lepak,lepak dengan kawan, suami suka lepak dengan kawan, suami utamakan lepak dengan kawan, suami kaki lepak,

SAYA kerap juga menaiki Grab atau Uber. Beberapa bulan yang lalu, saya menaiki Uber untuk perjalanan agak jauh. Waktu jem pula pada masa itu.

Kebetulan saya dapat driver yang rajin berbual. Muda lagi orangnya. Selepas hampir 15 minit bercerita, sekali terkeluar cerita yang isterinya bekerja.

“Kau dah kahwin ke dik? Nampak muda lagi.”

“Saya baru kahwin lapan bulan akak. Saya umur 25, isteri saya umur 23. Tapi saya rasa nak bercerailah.” katanya.

“Kau biar benar? Baru lagi kahwin dah nak bercerai?” terkejut saya mendengar kata-katanya.

TERKEJUT DENGAR SEBAB DIA NAK BERCERAI

“Saya tidak tahan dengan perangai isteri saya kak. Dia tak bagi saya keluar dengan kawan-kawan. Saya malam-malam, naklah lepak dengan kawan.

“Ada sekali itu dia tanya saya di mana, terus dia datang ke tempat saya melepak itu. Stress saya,” katanya.

Saya dengar, terus jadi kasihan.

“Kau nak tak akak share tips macam mana nak keluar lepak malam tanpa isteri marah?”

“Serius ke kak? Macam mana?” soalnya.

Tiba-tiba rasa macam kaunselor pula.

3 TIP UNTUK SUAMI KELUAR LEPAK

“Kau buat tiga perkara ini. Pasti isteri kau tak kisah kau lepak dengan kawan-kawan malam-malam. Pertama, sebelum kau keluar, pastikan kau dah siapkan makanan untuk isteri kau makan. Dah berbual dengan dia.

“Kalau dah ada anak nanti, pastikan anak dah makan, dah mandi, dah cebuk berak. Jangan kau keluar jumpa kawan-kawan tetapi isteri tunggang terbalik uruskan anak, masak suap anak makan.

“Kedua, kau tunaikan hak kau dengan tuhan. Pergilah solat di masjid. Dapat seminggu sekali pun bagus.

Bawa isteri kau sekali, ajak dengar ceramah. Kalau ada anak nanti, kau pastikan anak solat mengaji. Semak bacaan anak solat.

Baca AlQuran ke, seminggu satu muka surat pun tak apa. Ini setahun satu muka surat, manalah isteri kau nak yakin dengan kau.

“Akhir sekali, selepas balik lepak, pastikan bangun subuh dan belikan siapkan makanan untuk isteri. Kemudian jam lapan pagi kau sambunglah tidur.

“Ini tidak, sudahlah balik lambat, subuh pun tidak. Siap terbongkang sampai zohor. Mana isteri kau tak marah?” kata aku.

“Betul juga tu. Suami akak buat ke semua itu?” soalnya lagi.

“Buatlah dik. Sebab itu akak tahu dan okay dia keluar. Melainkan anak sakit, barulah akak bising.

Ini rahsia besar. Akak beritahu sebab kasihan kat kau, muda-muda nak bercerai,” aku kata.

Sedang elok pula kereta sampai rumah.

“Terima kasih akak, saya suka tip ketiga. Saya akan cuba akak. Rezeki saya jumpa akak,” katanya.

“Syaitan memang suka tengok suami isteri bercerai. Selagi boleh cuba bertahan. Tak boleh nak buat macam mana?” sempat sound sebelum keluar dari kereta.

Tiba-tiba rasa lupa nak pesan.

“Last sekali dik, kalau ada kawan kau yang perli-perli kau, kalau berbuat baik pada anak isteri kemudian sibuk berkempen kau kahwin lain, sedangkan tak pernah ajak kau buat perkara baik, kau hati-hati dik. Ini namanya kawan-kawan membawa ke neraka,” katanya.

Kredit : Wana Abas Shafurah Abas

BACA JUGA: Baru 15 Hari Nikah, Dah Hamil 18 Hari? ‘Makcik Pakcik Bawang’, Sila Hadam Ini!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

6 + 4 =