Asyik Isteri Je Yang Berkorban, Suami Buat Apa?

Wanita atau isteri sifatnya memang suka berkorban. Tanpa mereka sedar mereka bukanlah superwoman! Itulah yang dikatakan oleh lelaki ini mengenai sikap seorang wanita bergelar isteri.

Mohd Nor Hafiz berkongsi kisah apa yang dilaluinya dengan isteri, menerusi laman Facebook. Mungkin nampak biasa namun ada maksud tersirat di sebalik ceritanya itu.

“Jam menunjukkan pukul 7 petang. Saya lihat isteri tersengguk-sungguk menahan mengantuk.

“Saya memahami bebanan tugas dia di hari ini.”

Sebenarnya sebagai seorang isteri, mereka tetap mahu memberikan yang terbaik buat suami dan anak-anak. Isterinya mengambil keputusan untuk memasak di rumah, meskipun dalam keadaan keletihan.

Namun, sebagai suami, anda haruslah peka dengan keadaan isteri. Mohd Nor Hafiz memberikan tips berikut kepada semua pasangan suami isteri:

1. Suami perlu menjadi pembuat keputusan paling dominan.

2. Isteri biasanya mempunyai pilihan yang banyak sehinghga tak tahu nak buat keputusan.

3. Isteri biasanya watak berkorban. Dia bercita-cita nak masak banyak lauk tetap dia lupa dia bukan superwoman.

Jadi, katanya lagi sebagai suami bukan sahaja peka dan sentiasa memahami isteri. Sebaliknya hadiahkanlah pengorbanan mereka itu dengan kesetiaan.

Moga ia menjadi tips berguna kepada pasangan di luar sana!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

6 + 8 =