Inilah Rahsia Buat Teh Tarik Sedap, Jimat & Mudah Tak Payah Lepak Kedai Mamak Selalu!

Bila nak minum teh tarik yang sedap, kita biasanya terus ke kedai mamak. Kadang-kadang dah jadi rutin harian pula malah ada juga yang ketagih tiap-tiap hari dah wajib pula nak kena pergi minum kat kedai mamak.

Tapi selepas tahu cara buat teh tarik yang sedap ini anda tak tak perlu lagi ke sana. Buat sendiri saja di rumah.

Malah kalau ikut perkongsian dari Zaim Ahnaf Sufi ini, air yang dibuat mengikut cara ini lebih sedap dari air tangan mamak. Apa lagi, jom cuba petang ini. Kalau dah berjaya suami juga mungkin kurang melepak di kedai mamak.

teh tarik

Bahan-bahan nak buat teh tarik sedap:

  • Serbuk teh
  • Susu pekat atau susu cair
  • Secubit garam
  • Air secukupnya
  • Periuk

Cara membuat:

  1. Tuang air dalam periuk, masukkan sekali teh dan susu.
  2. Masak atas api hingga menghasilkan warna teh yang pekat dan wangi teh naik. Biarkan hingga mendidih.
  3. Rasa air teh dan sesuaikan manisnya.
  4. Selepas warna teh nampak pekat, masukkan secubit garam untuk memberi rasa lemak pada teh.
  5. Padamkan api lalu tuang atau tarik dalam cawan sebelum dihidang.

Info

  • Teh tarik yang disediakan dengan cara ini tidak akan menyebabkan perut kembung walau pun diminum beberapa cawan.
  • Boleh juga ditambah sedikit hirisan halia untuk menambah keenakannya.

Selamat mencuba.

Sumber Facebook Zaim Ahnaf Sufi

BACA JUGA :: Bahaya Minum Teh Uncang, Cara Selamat Cari Serbuk Teh Tapis Sendiri

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nineteen − ten =