Inilah Punca Hidung Tersumbat Selain Dari Resdung dan Cara Memulihkannya

Nampaknya hampir semua orang pernah mengalami hidung tersumbat , mulai dari bayi hingga usia dewasa boleh terdedah kepada masalah yang satu ini dan membuat siapa saja yang mengalaminya terasa terganggu, terutama menganggu tidur.

Hidung tersumbat boleh berlaku pada salah satu rongga hidung (hidung tersumbat sebelah) atau boleh juga kedua-duanya. Paling tidak seronok bila berlaku sejurus selepas kita bangun tidur, kadang kala hidung tersumbat ini boleh menyebabkan mata kita juga terkesan sehingga bengkak pada mata!

Disini akan kita bahas tentang punca hidung tersumbat beserta gejala yang menyertainya dan cara mengatasinya baik pada dewasa ataupun hidung tersumbat pada bayi serta ubat hidung tersumbat.

Punca Hidung Tersumbat

Penyakit ringan merupakan penyebab hidung tersumbat yang paling kerap. Yang dimaksudkan penyakit ringan disini misalnya, common cold , flu, dan jangkitan sinus.

Penyakit-penyakit tersebut boleh menyebabkan hidung tersumbat kerana menimbulkan keradangan pada lapisan rongga hidung dan sinus yang merupakan rangkaian yang banyak pembuluh darah. Radang akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan menimbulkan bengkak sehingga hidung menjadi tersumbat.

Menurut National Institutes of Health hidung tersumbat kerana penyakit ringan diatas dapat sembuh atau hilang dengan sendirinya dalam masa satu minggu.

Untuk hidung tersumbat yang berlangsung lama, maka kemungkinan penyebabnya, antara lain:

  • Rinitis Alergi
  • Alergi debunga
  • Polip hidung (hidung tersumbat hanya sebelah dan tidak berpindah-pindah)
  • Pendedahan bahan kimia
  • Kerengsaan hidung kerana faktor persekitaran contohnya asap atau debu.
  • Sinusitis kronik (jangkitan sinus yang berlangsung lama)
  • Ketumbuhan (biasanya jinak, bukan kanser atau, massa yang boleh menyebabkan kesesakan jika mereka tumbuh di bahagian hidung)
  • Septum menyimpang (sekat hidung yang membataskan antara rongga kanan-kiri yang seharusnya tepat di tengah-tengah, malah menyimpang alias mengot ke kanan atau ke kiri).
  • Sakit kepala kelompok
  • Benda Asing (paling sering pada anak-anak) dengan ciri-ciri hidung terus berair (hingus) berbau, biasanya hanya satu hidung.

Punca Hidung tersumbat yang lain ialah kehamilan, paling sering bermula pada akhir trimester pertama. Hidung tersumbat ini mungkin disebabkan oleh turun naik hormon dan peningkatan bekalan darah yang terjadi selama kehamilan. Perubahan ini boleh menjejaskan membran hidung, menjadi bengkak, kering, atau berdarah.punca hidung tersumbat, rawatan hidung tersumbat, hidung tersumbat, hidung tersumbat pada bayi, atasi hidung tersumbat, petua hilangkan hidung tersumbat, tip hilangkan hidung tersumbat

Cara Mengatasi Hidung Tersumbat

Berikut ini adalah cara mengatasi hidung tersumbat secara semulajadi yang boleh anda lakukan sendiri di rumah ( home remedies ).

Jangan Membuang Hingus Kuat-kuat
Jika penyebab hidung tersumbat adalah kerana flu atau disertai dengan hidungnya maka keluarkanlah dengan lembut, sebelah-sebelah secara bergilir-gilir. Membuang hingus terlalu kuat justeru akan membuat lapisan dalam hidung tambah bengkak ini bukannya meringankan malah memburukkan tersumbat hidung.

Menghirup Wap Air Panas
Kelembapan dan panas dari wap akan meringankan bengkak sehingga dapat mengatasi hidung tersumbat dan akan membantu anda bernafas lebih lega. Anda bebas menggunakannya mengikut keperluan.

Tekap Kain Tuala Suam Di Atas Hidung
Basahkan kain tuala kecil dengan air panas (hangat) kemudian letakkan pada batang hidung secara menyeluruh dan melebar ke pipi depan, sebaiknya kedudukan berbaring santai, agar cara ini optimum. Jika kain tuala sudah sejuk basahi lagi dengan air hangat dan ulangi prosedur seperti di atas sehingga anda merasakan manfaat yang diharapkan.

BACA JUGA :: Hidung Kerap Tersumbat Mungkin Tanda Kanser Pangkal Hidung

Menghirup inhaler, salap, atau minyak angin
Minyak angin, balsem, atau inhaler rata-rata mengandungi menthol, eucalyptus, dan camphor yang dipercayai dapat membantu mengurangkan hidung tersumbat.Penggunaannya cukup mudah boleh terus menghirup dari ceruk, atau sapu nipis tepat dibawah lubang hidung, atau disapu kawasan sekitar leher.

Tidur Setengah Duduk
Jika anda mengalami hidung tersumbat yang makin parah ketika berbaring, cubalah untuk meninggikan kedudukan kepala dengan cara meletakkan bantal tambahan di bawah kepala dan leher sedemikian rupa sehingga kelihatan kedudukan setengah duduk. Hal ini akan mengurangkan penambahan aliran darah pada hidung sehingga dapat menghilangkan hidung tersumbat (hukum graviti).

Makan Makanan Pedas
Jika Hidung tersumbat akibat adanya hingus yang pekat dan susah dikeluarkan, maka cubalah pengambilan makanan atau minuman yang terasa agak pedas seperti air halia atau sup ayam panas dan sedikit pedas. Rasa pedas akan merangsang perlendiran sehingga membuat hingus lebih cair dan mudah dikeluarkan, nafaspun menjadi lega.

Mengatasi Hidung Tersumbat Pada Bayipunca hidung tersumbat, rawatan hidung tersumbat, hidung tersumbat, hidung tersumbat pada bayi, atasi hidung tersumbat, petua hilangkan hidung tersumbat, tip hilangkan hidung tersumbat

Kenali Hidung tersumbat pada bayi
kerana bayi tidak boleh bernafas melalui mulut secara optimum, hidung tersumbat boleh menjadi keadaan serius, terutama selama menyusui. Punca adalah lendir atau hingus, sehingga anda harus membersihkan lendir melalui cara yang efektif dan selamat.

Menggunakan penyedut lendir (nasal aspirator)
Berbentuk botol getah kecil dengan hujung mengecil sebagai pembersih yang akan dimasukkan ke lubang hidung. Boleh didapatkan di farmasi, ingat hanya gunakan yang khusus untuk bayi.

Sebelum menggunakannya bersihkan dulu dengan tissue alkohol, tunggu beberapa saat sehingga benar-benar kering, selepas itu masukkan secara perlahan-lahan ke lubang hidung bayi yang terdapat hingus, kemudian picit perlahan badan aspirator lalu lepas, keluarkan aspirator secara perlahan.

Menggunakan Tisu
Jika tidak ada aspirator, anda boleh menggunakan tisu untuk membersihkan hidung bayi. Caranya gulung sehingga hujung tisu menjadi agak meruncing, sesuaikan saiznya dengan saiz lubang hidung bayi, secara perlahan-lahan masukkan tisu ke lubang hidung dan keluarkan hingusnya.

Titisan Saline ( Air Garam )
Larutan Saline boleh didapatkan di farmasi, jika tidak ada anda boleh membuatnya sendiri dengan cara campurkan 1/4 sudu teh garam dengan 1/2 cawan air suam. Masukkan ke dalam botol semburan (titisan) hidung.

Letakkan bayi pada permukaan yang rata, titis lubang hidung bayi sebanyak 2 titisan kecil. Boleh digunakan paling tidak tiga kali sehari.

Hal ini dapat mengatasi hidung tersumbat pada bayi, kerana larutan garam (NaCl) dapat melicinkan perjalanan yang tersekat, dan memulihkan kelembapan semulajadi lapisan hidung bahagian dalam.

BACA JUGA :: Campuran Dua Gabungan Mujarab, Atasi Bersin Dan Resdung Teruk, Memang Rasa Tak Percaya!

Bila Harus ke Doktor?

Kadang-kadang, cara semulajadi atau rawatan rumah tidak cukup untuk mengurangkan hidung tersumbat, terutama jika penyebabnya adalah penyakit yang serius. Untuk kes seperti ini, rawatan perubatan yang segera, mungkin diperlukan, terutamanya jika menyakitkan dan mengganggu aktiviti sehari-hari.

Oleh kerana itu segera hubungi doktor, jika:

  • Hidung tersumbat yang berlangsung lebih dari 10 hari
  • Hidung tersumbat disertai dengan demam tinggi yang telah berlangsung lebih dari tiga hari
  • Hingus berwarna hijau bersama-sama dengan sakit sinus dan demam (curiga jangkitan bakteria.)
  • Baru-baru ini mengalami kecederaan kepala, dan keluar hingus bercampur darah keluar yang terus menerus.

Setelah doktor menentukan punca hidung tersumbat, maka dia kemudian mencadangkan pelan rawatan. Ubat Hidung tersumbat yang digunakan antara lain:

  • antihistamin oral untuk merawat alergi, seperti loratadine dan cetirizine .
  • semburan hidung yang mengandungi antihistamin, seperti azelastine
  • steroid hidung, seperti mometasone atau flutikason.
  • antibiotik (untuk jangkitan, seperti sinusitis)
  • Ubat pelega hidung tersumbat yang dijual bebas atau disebut dekongestan, yakni yang mengandungi ephedrine, pseudoefedrin, atau Phenylpropanolamine (Hati-hati pada pesakit darah tinggi).

Jika anda mempunyai ketumbuhan atau polip hidung atau sinus yang tak dapat mengalir keluar, doktor mungkin mengesyorkan pembedahan tumor untuk mengatasi hidung tersumbat.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

six − three =