Inilah 4 Khasiat Air Nira, Rugi Kalau Tak Pernah Minum!

Inilah Khasiat Air Nira, Rugi Kalau Tak Pernah Minum! | Di Malaysia kita cukup bertuah kerana mempunyai pelbagai jenis tumbuhan buah-buahan yang memberikan banyak manfaat. Disebabkan itu jugalah kita sangat kaya dengan pelbagai jenis minuman yang berasaskan daripada tumbuhan.

Sebagai contoh pokok kelapa. Ia mempunyai banyak manfaat bermula daripada batangnya yang boleh dibuat sebagai titi, daunnya sebagai pembalut ketupat, buahnya yang boleh dijadikan santan airnya yang boleh diminum serta dahannya yang mengeluarkan air nira.

Kepada anda yang tinggal di kawasan tepi pantai dan banyak pokok kelapa, air nira ini bukanlah satu perkara asing buat anda. Dan tahukah anda selain air nira kelapa terdapat juga air nira nipah? Ia merupakan antara minuman kegemaran terutamanya di bulan Ramadan.

Penghasilan air nira bukanlah muda kerana ia perlu ditadah menerusi dahan yang dipotong. Penjual atau petani yang mengutip air nira pula perlu menunggu untuk bekasnya penuh. Dan jika air nira dibiarkan terlalu lama pun tak boleh juga. Jangan anda minum air nira yang masam dan mengandungi alkohol sudahlah ya.

Ikuti khasiat air nira yang boleh memberikan manfaat kesihatan kepada anda.

ATASI SEMBELIT

Salah satu khasiat air nira yang mungkin anda tak tahu ialah dapat mengatasi masalah sembelit. Punca utama terjadinya sembelit ialah kekurangan serat dalam pengambilan makanan seharian. Dan serat merupakan elemen yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Air nira mengandungi kaya dengan vitamin, vitamin A, asam amino, serat, protein dan banyak lagi

TURUN SUHU BADAN

Selain itu, air nira juga sesuai diminum oleh mereka yang alami deman panas. Khasiat air nira dikatakan sangat bermanfaat untuk menurunkan suhu panas dalam badan sama ada kanak-kanak ataupun dewasa.

BACA JUGA :: Wanita Dipuji Sanggup Post Umbut Kelapa Demi Penuhi Hasrat Ayah Orang Lain

khasiat air nira

KESIHATAN TULANG

Air nira juga dikatakan mampu membantu kesihatan tulang kita. Seperti mana anda tahu tulang dalam badan memerlukan vitamin untuk berfungsi dengan sempurna. Seiring dengan peningkatan usia, tulang anda makin hari makin raput kalau anda mengabaikan penjagaannya.

BEKALKAN TENAGA

Minuman air nira dapat menyegarkan tubuh disiang hari. Ini boleh memberikan tenaga kepada anda untuk bekerja. Minuman ini akan membuatkan anda kekal aktif dan tidak mudah lesu. Selain itu, khasiat lain minuman ini adalah dapat memperkuatkan otot, menguatkan sel-sel tubuh badan, membantu penjagaan mata dan melawaskan pencernaan.

BACA JUGA :: Selain Menghilangkan Dahaga Ketika Berbuka, Air Kelapa Muda Juga Rahsia Untuk Kawal Berat Badan!

 

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

sixteen − six =