Inilah Kerugian Jika Tak Makan Limau Mandarin

Limau mandarin boleh dikatakan cukup sinonim apabila menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina. Biasanya, limau mandarin akan menjadi snek wajib yang dijamah ketika perayaan itu serta dihadiahkan kepada sanak-saudara, rakan dan jiran tetangga untuk mengukuhkan lagi hubungan persahabatan tanpa mengira kaum.

Biasanya limau mandarin berukuran antara enam hingga 8 sentimeter bergantung kepada jenisnya. Limau mandarin ini pula terdapat banyak pula variasinya termasuk tangerine, clementine, dancy dan satsuma. Berbanding limau lain, kulitnya malah lebih mudah untuk dikupas dan isinya pula mudah dipisahkan antara satu sama lain.

Di sebalik rasanya yang cukup enak, limau mandarin juga begitu kaya dengan vitamin C yang dikatakan mampu untuk melindungi tubuh daripada serangan kanser, merangsang pengaliran darah serta menyembuhkan luka yang ada pada bahagian dalaman dan luaran tubuh dengan lebih cepat.

Nilai kalsium yang terkandung di dalamnya pula tinggi untuk membantu menguatkan gigi dan mujarab bagi meningkatkan sistem daya ketahanan badan, terutamanya pada tulang daripada ancaman osteoporosis.

Buah limau juga boleh bertindak sebagai sumber asid folik dan dapat memenuhi 20 peratus daripada keperluan asid folik setiap hari untuk sebiji limau. Kadar pengambilan makanan dengan kandungan asid folik yang tinggi seperti buah limau segar atau dalam bentuk jus mampu untuk meningkatkan kadar asid folik.

Vitamin B pula menjadi sumber utama bagi mereka yang ingin mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. Kandungan pectin iaitu serat tinggi yang larut di dalam air yang terdapat pada limau pula mampu untuk membantu menahan rasa lapar, di samping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.

Jus limau mandarin dikatakan berupaya untuk mengubati asma, batuk kering, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang larutan bergaram dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan serta melindungi organ itu daripada mudah untuk dijangkiti virus semula.

KARBOHIDRAT YANG TERDAPAT DALAM BUAH LIMAU PULA IALAH KARBOHIDRAT SEDERHANA IAITU FRUKTOSA, GLUKOSA DAN SUKROSA. KANDUNGAN GULA DALAM BUAH INI AKAN BERTAMBAH APABILA BUAHNYA SEMAKIN TUA, DAN RASA MASAM SEMAKIN BERKURANGAN.

Limau mandarin yang tergolong dalam buah-buahan sitrus adalah amat baik untuk kesihatan jantung, penglihatan serta mengurangkan lagi risiko untuk terkena penyakit kanser, selain memiliki kelebihan sebagai antioksidan, membantu dalam mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit strok dalam kalangan lelaki serta membantu perkembangan otak janin.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × 4 =